Teroka Kegemilangan Lukut di Kompleks Sejarah Lukut

Share

Selepas berbulan-bulan merancang nak ke Kompleks Sejarah Lukut, akhirnya pada hujung minggu yang lepas uncle berjaya menjejakkan kaki ke uncle ke sana untuk teroka sejarah kegemilangan Kota Lukut.

Kompleks Sejarah Lukut yang juga dikenali sebagai Kota dan Muzium Lukut terletak kira-kira 38km dari Komplex Pengkalan Kempas. Kalau anda dari Port Dickson, hanya lebih kurang 7km untuk ke Kompleks ini.

Di dalam Kompleks Sejarah Lukut, terdapat 2 tarikkan berbeza yang menarik untuk di teroka iaitu Kota Lukut dan Muzium Lukut. Kompleks ini telah di buka kepada umum sejak tahun 1999.

Muzium Lukut

muzium kota lukut port dickson

Walaupun kecil je bangunan muzium Lukut ni, sekali uncle masuk dalam muzium, memang makan sejam sebab banyak maklumat sejarah Lukut boleh didapati di dalam muzium ini.

Muzium ini dibina bagi tujuan menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk tatapan masyarakat tempatan, pelancong, pelajar dan penyelidik sejarah.

Dalam muzium ini anda boleh pelajari sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (yang harini dikenali sebagai Negeri Sembilan) pada tahun 1880.

Ada 4 galeri utama dalam muzium ini yang anda boleh terokai iaitu; Galeri Sejarah Lukut, Galeri Sistem Politik, Galeri Perusahaan dan Ekomoni, dan Galeri Kebudayaan.



Kota Lukut

kota lukut

Selain dari sejarah mengenai zaman kegemilangan Lukut, yang tarikkan utama membawa uncle ke Kompleks Sejarah Lukut adalah Kota Lukut.

Terletak di atas bukit Gajah Mati (juga di sebut Bukit Raja), Kota Lukut adalah sebuah kota pertahanan dan tempat menyimpan biji timah yang di bina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada sekirar tahun 1847.

peta kota lukut

Kota Lukut berbentuk segi empat bujur pada ukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar iaitu lebih kurang 4 buah padang bola sepak!

Kota ini dikelilingi parit yang di pasang dengan ranjau, mempunyai kedalaman antara 3 hingga 5 meter dalam.

4 buah meriam yang dibeli dari pihak Belanda di Melaka dan telah di tempatkan di atas tembok kota ini.

Banyak kesan tinggalan bangunan dan perigi yang uncle jumpa sepanjang berjalan di sekitar kawasan tapak sejarah Kota Lukut.

Berpeluh juga la nak pusing keliling kota ni untuk tengok semua tinggalan yang ada.

muzium kota lukut port dickson (14)

muzium kota lukut port dickson (4)

Sejarah Kegemilangan Lukut:

Sebelum era kemajuan perlombongan biji timah di Lukut, Kota Lukut ini asalnya di buka oleh Raja Busu pada sekitar tahun 1820-an atas arahan Raja Selangor pada ketika itu iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857).

Pemberontakkan berlaku pada sekitar tahun 1834 oleh orang-orang cina kerana tidak puas hati dengan cukai biji timah yang tinggi menyebabkan Raja Busu dan ahli keluarganya terbunuh di kediamanya yang telah di bakar oleh pemberontak.

Tak lama kemudian seorang anak raja Melayu Bugis dari Riau, Raja Jaafar ibni Almahrum Raja Ali telah datang bersama puteranya Raja Jumaat dan Raja Abdullah. Raja Jaafar telah membuka perusaan biji timah di Lukut sehingga kawasan tersebut menjadi maju.

Putera kepada Raja Jaafar, Raja Jumaat telah mewarisi perusahaan biji timah kemudiannya telah membina Kota Lukut dan terus memajukan perusahaan biji timah sehingga menjadi pengusaha biji timah terkaya di Selangor pada pertengahan abad ke-19.

Pada 1864, Raja Jumaat telah meninggal dunia dan di warisi oleh anaknya Raja Bot.

Raja Bot banyak mendapat tentangan oleh musuh pada takuk pemerintahannya terutama daripada Raja Sulaiman. Bagi mengukuhkan kota, Raja Bot telah memperbesarkan kota dan telah di perkuatkan dengan 30 askar Arab.

Ketika peperangan berlaku, kota ini telah di jadikan tempat perlindungan kanak-kanak dan kaum wanita.

Akibat kegawatan politik dan kekacauan yang berlaku, kota Lukut semakin lemah dan Raja Bot telah di lucutkan jawatannya sebagai pemerintah Lukut pada tahun 1878.

muzium kota lukut tinggalan sejarah

muzium kota lukut port dickson (16)

muzium kota lukut

Kompleks Sejarah Lukut di buka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kemasukkan adalah PERCUMA. Jadi kalau dah ke Port Dickson tu, boleh la singgah Kompleks Sejarah Lukut.

Alamat:

Kompleks Sejarah Lukut,
Lukut, 71010,
Port Dickson, Negeri Sembilan

Nota: Agak menyakitkan mata uncle sepanjang berada di kawasan Kota Lukut kerana uncle lihat seperti tidak terjaga kebersihan tempat ini. Banyak sampah sarap dan lalang lalang yang tidak di tebas. Risau juga kalau ada ular ataupun serangga merbahaya di sekita kawasan ini menyerang. Dikuatiri situasi ini akan memberi persepsi negative di mata pengunjung yang datang. Kota Lukut adalah tapak tanah bersejarah yang perlu di jaga kebersihannya supaya boleh menarik lebih banyak pengujung ke sini di masa akan datang. Harap isu ini dapat perhatian pihak yang bertanggungjawab.

3,569 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Vixalexa
  2. Ezad Skytech
  3. Azhafizah
  4. Noriza Rahman
  5. mrhanafi
  6. Sani
  7. olaoli
  8. nila anggraini
  9. Raihanah Ahmad
  10. Dkna abza
  11. zool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge