Terima Kejutan Daripada Lazada Malaysia

Share

Encik tak ada di rumah ke? Kami dari Skynet ada nak hantar barang ni.” Panggilan dari pihak Skynet berkenaan barang yang mereka nak hantar kepada uncle pada Sabtu tempoh hari. Malangnya uncle ke Johor pada Sabtu dan Ahad lepas, jadi uncle minta untuk datang sendiri ke pejabat Skynet yang terletak di Seremban 2 bagi mengambil sendiri baang tersebut.

Jadi isnin tu uncle pun pergi la ke pejabat Skynet yang terletak di Seremban 2.

Terkejut Bila Dapat Bungkusan Dari Lazada.

Tah apa yang uncle buat tah sampai uncle dapat satu parcel dari Lazada. Jadi teruja punya pasal, uncle pun rekod la video unboxing kotak tersebut. Layan dulu video unboxing Surprise Box dari Lazada.

Walaupun tak banyak barang yang uncle dapat iaitu lebih kurang 6 item, tapi secara keseluruhan, barang tersebut bernilai lebih kurang RM100.

Terima kasih Lazada Malaysia atas 5th Birthday Surprise box ni. Tak jangka yang uncle akan dapat bungkusan yang ada pelbagai barangan yang pasti digunakan daripada pihak Lazada.

Lazada 5th Birthday Surprise Box

Berikut adalah yang uncle dapat di dalam Surprise Box daripada Lazada.

Boleh tahan menarik kan apa yang uncle dapat? Ada yang uncle boleh bawak sebagai bekalan makanan untuk travel, dan ada boleh simpan untuk makanan di rumah.

Lazada 5th Anniversary Sales

lazada-sales-2017

Lazada – Online Revolution

Jadi bersempena dengan ulang tahun ke-5 Lazada, akan ada Online Revolution dari 22 March hingga 24 March ini. Ia adalah jualan besar-besaran secara talian yang hanya akan berlangsung selama 3 hari sahaja yang pasti ada pelbagai deal baik akan ditawarkan hanya di Lazada. Uncle akan ambil peluang ini dengan membeli perfume yang telah menjadi antara perfume kegemaran uncle iaitu Giorgio Armani Acqua Di Gio.

Pastikan anda layari laman web atau applikasi Lazada sepanjang Online Revolution sales berlangsung untuk tawaran menarik yang bakal diberikan.

Sekali lagi terima kasih kepada Lazada Malaysia atas surprise box yang diberikan dan tahniah untuk ulang tahun ke-5.

1,750 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. reezluv
  2. nikkhazami
  3. Sharon Lee
  4. Uyul Rosli
  5. Otomen Taro
  6. nurul fatin adiana
  7. Suria Amanda
  8. Ros
  9. RAIHANAH AHMAD
  10. Noriza Abdul Rahman
  11. Jueliza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge