Tenang Menginap Di Swiss-Garden Damai Laut

Share

Uncle suka menginap di penginapan atau hotel berdekatan dengan laut atau menghadap laut. Menginap banyak kali pun tak apa, janji dapat tengok laut, dapat bau laut, dapat jalan-jalan tepi pantai. Haishh kalau la ada isteri, mesti best jalan-jalan tepi pantai sama-sama kan? hehe.

Baru-baru ni uncle telah menginap di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut selama 3 hari 2 malam.

Dapat pula bilik yang uncle menginap tu mengadap laut, memang mengujakan la. Swiss Garden Damai Laut menghadap laut Selat Melaka dengan kedudukkan resort ini dikelilingi alam flora yang pasti memberikan anda ketenangan dan lebih privacy.

swiss-garden-damai-laut-beach-resort

Siap ada sediakan ruangan beranda lagi tuk menikmati pemandangan laut.

Swiss -Garden Beach Resort Damai Laut





Terletak di Lumut, Perak, Swiss-Garden Damai Laut menyediakan 300 bilik tetamu. Lokasi mudah diakses, hanya 3 jam drive dari KL, 2 jam drive dari Penang dan hanya berjarakkan 80 KM dari Stesen Keretapi Ipoh Perak.

Dengan jarak yang dekat, dan mudah diakses, Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut adalah lokasi ideal percutian untuk menyegarkan diri, untuk bermain golf, untuk mencuba sukan air yang menyeronokkan, ataupun untuk lokasi mesyuarat perniagaan dan persidangan.

swiss-garden-damai-laut-beach-resort

Bilik yang uncle dan rakan travel blogger uncle iaitu Mawardi Yunus inap selama 3 hari 2 malam.

Tarikkan Yang Ada Di Sekitar Swiss-Garden Damai Laut

  1. Gua Tempurung
  2. Kellie’s Castle
  3. Museum Perak
  4. Pangkor Island
  5. Museum Matang
  6. Segari Turtle Sanctuary

Swim with a goggles~ #ProjekTravel #GayaTravel #DekatJe

A photo posted by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Antara Facilities dan Servis Yang Disediakan

  • WiFi
  • Non-Smoking Room
  • In-Room Electronic Safe
  • Spa
  • Gymnasium
  • Jacuzzi
  • Swimming & Wedding Pool with Sundeck
  • Currency Exchange
  • Minibar
  • Dan banyak lagi
swiss-garden-damai-laut-selat-melaka-sunset

Dan sudah tentulah lokasi ini sangat ideal kepada sunset hunter.

Bila dah datang ke Perak terutama kawasan Setiawan, kena la cuba makanan yang ada ditawarkan di sini, uncle ada senaraikan tempat makan best di Sitiawan di sini: Tempat-Tempat Makan Best di Sitiawan, Perak

Secara konklusi, uncle sangat gemar menginap di Swiss-Garden Damai Laut, dan pastinya akan datang lagi nanti bersama keluarga kesayangan suatu hari nanti.

Berminat untuk merasa pengalaman menginap di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut?

Alamat: Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200, Lumut Perak.

Telefon: +605 684 3333 | Fax: +605 618 3388

Email: reservation@sbdl.swissgarden.com | Website: www.swissgarden.com

4,358 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. Farah Nasuha
  2. Inairus74
    • Uncle Zuan
  3. Ira
  4. Mama Kembar Tiga
  5. Jari manis
  6. Pojiegraphy
  7. haffizuliskandar
  8. Amirul
  9. anuar
  10. aRz MoHa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge