Tempat Tukar Bateri iPhone di Kajang

Masalah bateri bila pakai iPhone ni adalah normal. Ye la, mana tak bateri problem kan, tengok sahaja statistic Screen Time korang dekat phone korang. Mesti terkejut kan yang sehari korang gunakan phone berjam-jam. Pernah kira berapa kali korang caj iPhone korang? 1 kali? 2 kali? 5 kali?

Jadi tak terperanjat yang sampai satu tahap, korang dah kena cari tempat tukar bateri iPhone. Nak tukar bateri phone bukan murah dik oi….

Korang orang Kajang? Boleh la korang pergi ke iPro Kajang. iPro Kajang bukan sahaja pakar tukar bateri iphone, mereka juga pakar dalam membaiki masalah yang ada pada smartphone anda.

Bateri phone yang dah kembung. Memang kena tukar la jawabnya.

iPro Kajang – Tempat Tukar Bateri iPhone di Kajang

Pernah beberapa kali rekomen kawan uncle tukar bateri kat iPro Kajang, dan masing-masing berpuas hati dengan hasil rekomen uncle.

Sebelum diorng pergi tukar bateri iPhone kat iPro, risau juga mereka, takut barang tak ori la, takut harga mahal la, takut kena tinggal phone la. Tapi uncle suruh pergi juga, ye la kalau dah rosak teruk nanti bateri dia sampai kembung, bukan je bateri kena tukar, silap silap LCD pun kena tukar sekali.

Battery iPhone original. Uncle difahamkan yang iPro Kajang menggunakan bateri iPhone yang original sahaja. Bukan yang ciplak ya!

Sekali diorang dah pergi tukar bateri kat iPro Kajang, masing masing setuju yang harga berpatutan, servis face-to-face dalam 10 minit dan siap ada warranty 1 tahun lagi! So selamat duit kena tukar LCD baru haha.

Capacity bateri iPhone yang dah kembali ke 100% selepas tukar di iPro Kajang.
High capacity battery juga ditawarkan oleh iPro Kajang. High capacity ni siap dengan warranty 18 bulan!

Uncle belum pernah tukar lagi la bateri kat sana, pernah sekali hantar iPhone 8 Plus uncle sebab ada masalah tak boleh caj. Sekali hantar cek rupanya ada habuk kat tempat caj tu, so sebab tu tak boleh caj. Diorang bersihkan habuk tu, tadaaa! dah boleh caj balik dah phone uncle haha.

Uncle suka rekomen korang hantar tukar bateri iPhone korang kalau korang duduk area Kajang. Dari segi testimoni uncle jumpa di FB, setakat ni semuanya berpuas hati.

Kalau korang pernah hantar servis dekat iPro Kajang, ada masalah atau tak berpuas hati, tinggalkan di ruangan komen di bawah supaya uncle boleh forward kepada mereka untuk diperbaiki. Yang kurang kita sama-sama baiki, yang bagus kita baguskan lagi.

Alamat iPro Kajang – Smartphone Repair Specialist:

No 8-1, Mutiara Avenue, Jalan Mutiara 1,
Mutiara Height, 43000 Kajang, Selangor.
Waze: IPRO Kajang (Signboard IPRO Kajang)
> Tingkat 1, atas Restoran Al-Khail

WhatsApp6013 373 7597.

Instagram: @ipro.kajang.

Waktu Operasi: 12.00PM – 9.00PM
(JUMAAT : 3.00PM – 9.00PM)

Website: www.kajang.ipromalaysia.com.

718 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge