Tempat-Tempat Makan Best di Sitiawan, Perak

Share

Makan! Sapa tak suka makan kan? Nak-nak bila penat travel, mesti la nak makan makanan yang sedap-sedap. Yang tu la yang dok terbayang terbayang dalam fikiran uncle bila penat seharian travelling dari satu tempat ke satu tempat.

Kalau anda ke sekitar Perak terutamanya area Sitiawan dan menginap di Swiss-Garden Damai Laut, mesti nak keluar dan cari makanan sedap-sedap kat sekitar situ kan?

Uncle nak kongsi tempat-tempat makan best di Sitiawan yang mesti anda terjah.



1. Restoran Walid & Umi

Menyediakan pelbagai jenis masakkan kampung, resepi wajib cuba kalau pertama kali ke sini adalah, Sup Kambing, Ayam Masak Kristal, dan Ayam Percik Terengganu.

MENU UTAMA WAJIB RASA…AYAM MASAK KRISTAL

A photo posted by RESTORAN WALID UMMI (@restoranwalidummi) on

Restoran Walid & Umi dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Alamat: Persiaran TM/5, 32000 Sitiawan, Perak.

2. Meranti Seafood Restaurant

Antara restoran makanan laut yang semakin meningkat namanya dikalangan food hunter, Meranti Seafood Restaurant. Antara yang anda mesti try kalau ke sini untuk kali pertama adalah Talapia kukus (steamed talapia), Chilli Mud Crabs, Foochow-style Sea Groupa, dan Claypot herbal chicken.

meranti-seafood-restaurant

Meranti Seafood dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Alamat: Lot 13581, Changkat Meranti, 32000 Sitiawan, Perak.

3. Rojak Manjung

Merupakan gerai yang paling padat dengan pengunjung di Plaza D’ MARA pada waktu makan tengah hari. Dengan pengalaman beroperasi selama lebih 30 tahun, Rojak Manjung adalah yang terbaik di bandar Manjung yang merupakan gabungan antara indian pasembor dan rojak melayu.

rojak_manjung

Rojak Manjung beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang.

Alamat: No 6, Plaza D’ Mara, Jalan Lumut, 32000, Sitiawan, Perak.

4. James Cendol

Terletak berhadapan dengan kuil Maha Mariamman, James Cendol telah mula beroperasi sejak tahun 1970an.

❤️C.E.N.D.O.L❤️ #JamesCendol #PantaiRemisSitiawanSeriManjung #OppositeIndianTemple #Delicious #CukupAuthentic

A photo posted by Foong Soon Seng (@foong559) on

James Cendol dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

Alamat: Jalan Satu Sitiawan Maju, 32000 Sitiawan Perak.

 

Amacam? Terliur kan? Uncle waktu tulis artikel ni pun terliur dan tak tahan laparnya walaupun baru lepas makan.

Bukan je uncle senaraikan makanan berat-berat, uncle senaraikan sekali pencuci mulutnya sekali.

Apa tunggu lagi? Start enjin kereta, dan mulakan food hunt di sekitar Sitiawan, Perak.

Nota: Kesemua gambar diambil dari facebook official restaurant, dan instagram mereka yang pernah terjak ke tempat-tempat makan tersebut. 

4,777 total views, 11 views today

Share
Comments
  1. titan
  2. Jari manis
  3. anuar
  4. Ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge