Tempat-Tempat Menarik di Singapura Yang Boleh Di Kunjungi Dengan PERCUMA

Share

Bila sebut je nak ke Singapore, pasti bermain dalam fikiran Universal Studios Singapore, Merlion, dan Gardens by the Bay. Pada awalnya, uncle fikir begitu, tapi sangkaan uncle meleset, tarikkan di Singapura lebih dari itu. Banyak lagi tempat menarik boleh di kunjungi tetapi dengan percuma je.

Tempoh hari, uncle ke Singapura tanpa persediaan yang cukup. Senang cerita, ‘hentam je la labu‘. Dan uncle bernasib baik sepanjang di sana, nak ke mana-mana mudah, dan informasi tempat-tempat menarik untuk di kunjungi di Singapura ada di merata-rata tempat. Tinggal pilih nak pergi mana je…

singapre tourist pass

Sepanjang 2 hari di Singapura, uncle gunakan Singapore Tourist Pass. Korang boleh naik Bus, MRT, dan LRT dengan menggunakan Pass ni. Selagi belum tamat tempoh, naik la seberapa banyak sampai lebam.

Untuk pengetahuan, Singapore Tourist Pass ni korang boleh amek pakej 1 hari, 2 hari atau maksimum 3 hari. 1 hari $10, 2 hari @16, 3 hari $20 dan boleh di dapati di stesen TransitLink tepilih (uncle beli pass uncle kat stesen MRT Bugis). Sila take note yang $10 perlu di bayar sebagai tambahan kepada pakej yang korang amek, tapi $10 tu akan di refund semula apabila pass di pulangkan semula ke kaunter.

Baik, sekarang uncle nak kongsikan beberapa tempat menarik di Singapura yang korang boleh kunjungi dengan PERCUMA. Yup, percuma je.

 

Kampung Glam (Gelam)

kampung glam arab street singapore

Kampung Gelam adalah satu kawasan kejiranan di Singapura yang lebih dari sekadar sebuah bandar perlabuhan. Kat kawasan Kampung Glam ada banyak kawasan komersial dan popular di kalangan pengunjung seperti Arab Street, Haji Lane, Masjid Sultan Bussorah Street. Kawasan-kawasan ini melambangkan warna-warni Kampung Glam dari aktiviti jual beli hingga ke rekreasi.

Banyak makanan halal boleh di dapati di kawasan Kampung Glam. Uncle sempat merasa Nasi Goreng Paprik di Kampung Glam Cafe, agak sedap dan mengenyangkan makanan di sini.

Kalau korang nak cari cenderahati untuk di bawa balik ke tanah air tercinta, di sini ada pelbagai jenis pilihan yang korang boleh pilih pada harga yang sangat berbaloi-baloi.

Kampung Glam boleh di akses dengan mudah dari stesen MRT Bugis dan Nicoll Highway.

 

Marina Bay

Kalau korang suka berjalan tanpa henti, berjalan di sepanjang kawasan Marina Bay adalah pengalaman berjalan kaki di sebelah petang yang mengujakan dan penuh dengan kejutan menarik.

Sedia la minyak gamat pas balik hotel sebab memang nak cram kaki jalan di di sepanjang 2 kawasan ini. 

marina bay

Marina Bay adalah teluk (bay) berhampiran kawasan pusat di bahagian selatan Singapura. Di sepanjang Marina Bay, ada pelbagai tarikkan komesial seperti Merlion, The Helix Bridge, ArtScience Museum, Singapore Flyer, The Promontory.

Dari sini juga, korang boleh nampak pokok raksasa di Gardens by the Bay.

Marina Bay boleh di akses dari stesen MRT City Hall, Raffles Place, Marina Bay, Bayfront, Downtown, Esplanade dan Promenade.

 

Singapore River

cavenage bridge

Sungai Singapura adalah sungai kecil yang memainkan pernan penting dalam pembangunan Singapura. Sungai Singapura mengalir daripada kawasan Tengah (Central Area), yang terletak di Wilayah Tengah (Central Region) di bahagian selatan Singapura sebelum mengalir ke laut.

Gambar uncle posing kat Cavenagh Bridge adalah satu-satunya jambatan gantung di Singapura dan antara jambatan tertua di Singapura yang telah di buka pada tahun 1870. Jambatan yang melalui Sungai Singapura ini pada asalnya di bina bagi menghubungkan daerah sivik di tebing utara ke daerah komersial di tebing selatan. Sebelum kewujudan jambatan ni mereka yang nak lalui sungai Singapura, kena bayar 1 duit (atau 1/4 sen).

Di sepanjang tepi Sungai Singapura ada pelbagi tarikkan yang menarik mata seperti sculpture The First Generation (yang terletak berhampiran Cavenagh Bridge), Clarke Quay dan Boat Quay.

 

 

Gardens by the Bay

gardens by the bay singapore night view

Di buka kepada umum sejak Jun 2012, harini Gardens by the Bay adalah antara tarikkan utama di Singapura dan telah banyak mendapat pengiktirafan antarabangsa. Di sini ada lebih 250,000 jenis tumbuhan yang jarang di temui. Untuk taman di bahagian luar, kemasukkan adalah PERCUMA. Tapi kalau nak cuci mata dengan tarikkan yang lebih hebat seperti di OCBC Skyway, Flower Dome dan Cloud Forest kena la bayar lebih sikit.

Timing paling sesuai datang ke Gardens by the Bay ini adalah sebelah petang shingga malam. Juga take note juga yang ada pertunjukkan cahaya dan bunyi (light and sound show) setiap malam pada jam 7.45 dan jam 8.45.

Taman di buka setiap hari kepada umum seawal jam 5 pagi sehingga selewat 2 pagi.

Gardens by the Bay boleh di akses dengan 2 cara mudah iaitu menggunakan MRT (Stesen Bayfront) dan Bus (Tanjong Pagar Station (EW15)).

 

Singapore Botanic Garden

singapore botanic gardens lake

Satu-satunya taman tropika yang mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Telah berusia lebih 156 tahun, Singapore Botanic Gardens adalah sebuah taman tropika yang juga telah di senaraikan dalam salah sebuah tempat tarikkan popular sejak 2013 oleh TripAdvisor Traveller’s Choice Awards.

Korang akan rasa sangat tenang dan selesa sepanjang berada di dalam Singapore Botanic Gardens. Berkeluasan 74 hektar, lebih 10,000 jenis flora boleh di dapati di sini.

Dibuka setiap hari kepada pengunjung seawal jam 5 pagi sehingga 12 tengah malam. Kemasukkan adalah PERUMA (kecuali National Orchid Gardens).

Singapore Botanic Gardens boleh di akses dengan MRT (stesen Botanic Gardens Station).

 

Singapore Changi Airport

star wars changi airport singapore

Kenapa uncle senaraikan Changi Airport sebagai tempat menarik di kunjungi di Singapore? Sebab Singapore Changi Airport adalah salah satu lapangan terbang terbaik di dunia!

Ops, kebetulan uncle ke sini, pesawat X-Wing daripada film Star Wars baru mendarat, so uncle belanja selfie satu.

Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan dan tarikkan seperti pengangkutan awam yang efisyen, tempat shopping, airport lounge, klinik dan farmasi, pelbagai jenis taman bunga, kemudahan untuk shower dan spa, surau, perkhidamatan percuma tour Singapore, panggung wayang, dan banyak lagi…

Boleh di akses dengan mudah dengan menggunakan MRT di stesen Changi Airport.

 

Marang Trail

marang trail

Sebelum uncle ke Singapore, uncle tak tau pun kewujudan Marang Trail ni. Marang trail boleh di akses dari stesen MRT HarborFront.

Kalau korang nak jimat duit, Marang trail adalah laluan alternatif ke Faber Hill Park dan untuk ke Teluk Blangah Hill Park. Jarak laluan hanyalah 0.35km iaitu dengan berjalan kaki hanyalah 15 minit sebelum korang tiba di Faber Hill Walk sebelum ke puncak Faber.

Di laluan Marang ni, korang akan melihat pelbagai jenis pokok dan burung. Antara spesis burung yang korang boleh lihat jika bernasib baik adalah spesis Greater Racket-tailed Drongo (Dicrurus paradiseus) dan Blacknaped Oriole (Oriolus chinensis).

 

Faber Hill Park

faber hill park

Faber Hill boleh di akses dengan mudah kalau korang gunakan Singapore Cable Car (boleh naik di HarborFront MRT station). Tapi kalau nak feel adventure dan peluh peluh sampai di puncak Faber, boleh akses dengan melalui Marang Trail.

Dengan berketinggian 105 meter, Faber Hill park adalah salah satu taman perlancongan tertua di Singapura yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung selain daripada menikmati pemandangan menarik ke arah selatan dari puncak. Sangat tenang bila berada di puncak Faber.

Nota: Di puncak Faber, ada Merlion versi mini yang korang boleh selfie hehehe.

 

Haaaa nampak, tak semua tempat yang menarik untuk di kunjungi perlukan bayaran. Maknanya, tak semestinya kena ada duit yang banyak untuk bercuti di Singapura sebab banyak tempat menarik yang boleh di kunjungi di Singapura secara PERCUMA.

Setakat yang uncle update ni, ini sahaja tempat yang uncle sempat singah. InshaAllah kalau ada kesempatan, uncle akan datang lagi ke Singapura 🙂



3,411 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Jari Manis
  2. wooclip @Nonton film 720p
  3. Ibrahim SQ Ali
  4. Reload Food
  5. Ezad Skytech
  6. titan
  7. yb shehan
  8. Bahrain
  9. Raihanah Ahmad
  10. zik
  11. jejaka temasek
  12. siti hazreen
  13. anuar
  14. Sheila Adziz
  15. Qiya Saad
  16. zool
  17. hafiz hafizol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge