#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015

Jika tahun 2014, tema Hari Kebangsaan adalah Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, tahun ini 2015, tema Hari Kebangsaan adalah #SehatiSejiwa. Ikut dari beberapa sumber yang uncle jumpa, tema tahun ini telah di umumkan oleh Kementerian Komunika­si dan Multimedia pada 6 Jun yang lepas.

Logo-Merdeka-Hari-Kebangsaan-2015-sehati-sejiwa

“Mulai tahun ini, kita hanya sebut Sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan tidak lagi disebut kali ke berapa kerana kita mahu merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

“Ini kerana jika kita masih menyebut ulang tahun, ia hanya terarah kepada Semenanjung yang mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan rakyat Sabah dan Sarawak akan rasa ia tidak ada kaitan dengan mereka.

“Jika ada berlaku bencana atau kemalangan, ia mesti dirasakan bersama seluruh rakyat Malaysia, suka dan duka perlu dirasakan bersama dalam satu negara,”

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Kementerian Komunika­si dan Multimedia
dipetik dari utusan online

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tema tahun ini, #sehatisejiwa di pilih sebab ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan & kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia. Teringat pula uncle dengan lirik korus lagu patriotik Sejahtera Malaysia, nyanian asal Roy yang kemudiannya di nyanyi semula pelbagai penyanyi lain.

Pada uncle, tema tahun ini agak unik. Untuk pertama kalinya mengikut trend semasa iaitu menggunakan hashtag dan tidak di letakkan ke berapa kali kemerdekaan di kecapi, tapi hanya di tulis sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015.

Apa pendapat korang dengan tema tahun ini?

 

Nota kaki: Uncle kepenatan minggu sebab sibuk dengan kerja di tempat kerja, tak sempat nak tulis entri panjang-panjang. hehe lepas ni time weekend kena tulis draft banyak-banyak 

11,499 total views, 1 views today

Comments
  1. sensasi2020
  2. Belang Tarung
  3. Hero Borneo
  4. ciklilyputih
  5. Miera Nadhirah
    • Uncle Zuan
  6. serinian
    • Uncle Zuan
  7. akubiomed
    • Uncle Zuan
  8. H.J
  9. sani
  10. rahimah
  11. Noriza Rahman
  12. Ina Ainaa
  13. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge