Tarikkan Mesti Terjah di Kuala Selangor

Selangor adalah salah satu destinasi percutian menarik di Malaysia. Tak hairanlah yang Selangor digelarkan sebagai Heart of Malaysia.

Dulu uncle study kat Sabak Bernam, waktu tu, belum tersemat di jiwa untuk meminati traveling ni sampai la satu hari uncle memutuskan untuk ke Langkawi tanpa sebarang perancangan dengan travel buddies uncle. Trip tu tak lancar langsung dan banyak peristiwa mencuti hati berlaku. Boleh la baca kisahnya di sini > travel ke Langkawi.

Selama study kat Sabak Bernam tu, tak terkira dengan jari la berapa kali uncle lalu Kuala Selangor. Dan tak pernah terfikir pun nak teroka apa destinasi dan aktiviti menarik yang ada di Kuala Selangor.




Jadi selepas beberapa kali mengikuti trip bersama Tourism Selangor dan Gaya Travel di sekitar Negeri Selangor, uncle cadangkan tarikkan mesti terjah di Kuala Selangor.

#1 Bukit Malawati

Bukit Melawati (juga di eja sebagai Malawati) merupakan destinasi wajib singgah bagi yang pertama kali ke Kuala Selangor. Dahuluya Bukit Melawati adalah kerajaan pusat dan benteng terawal Sultan Selangor dari serangan Belanda. Pelbagai sejarah menarik mengenai Kuala Selangor dan Bukit Melawati yang anda boleh dapati did alam Museum Sejarah Kuala Selangor yang terletak bersebelahan dengan Rumah Api di atas bukit Malawati.

kuala-selangor-bukit-malawati (1)

Museum Sejarah Kuala Selangor.

Hari ini Bukit Malawati merupakan tarikkan utama di Kuala Selangor yang mana anda boleh melihat dan bergambar di sekitar Kubu Pertahanan yang masih dikekalkan rekabentuknya. Selain itu terdapat juga Menara Tinjau dan Makam Sultan dan Kerabat Diraja.

kuala-selangor-bukit-malawati (2)

Turut tersedia servis tram menaiki dan mengeliligi Bukit Malawati.

Kaunter tiket ke Bukit Malawati dibuka kepada orang awam pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

#2 Sky Mirror Tour

Tarikkan terbaru dan terhangat di Kuala Selangor adalah Sky Mirror tour di Sasaran. Hanya boleh dilawati dengan menaiki bot, pada hari pertama, ke-5 dan 4 hari sebelum dan selepas tarikh kalendar Lunar, Sky Mirror Tour boleh ditempah secara terus dengan Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd.

kuala-selangor-sky-mirror

Cabar tahap kreativiti anda di Sky Mirror Sasaran, Kuala Selangor 😉

Tour adalah sekitar 4 jam yang mana anda bukan sahaja akan dibawa ke Sasaran, anda juga akan dibawa melawati Pulau Angsa sambil menikmati pemandangan lautan yang mengujakan dari atas bot.

Refleksi langit seakan cermin memberi inspirasi tercetusnya Sky Mirror yang merupakan tarikkan terbaru yang unik dan menarik yang ada di Malaysia pada hari ini.

Untuk tempahan, boleh hubungi +6019 266 6665 (Mr. YM Lim) atau email ke skymirrortour@gmail.com.

#3 Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Pengalaman meliat Kelip-kelip dari dekat adalah pengalaman paling berharaga pernah uncle alami. Ia memberikan kita rasa bersyukur dengan segala nikmat yang kita telah dapat, dan mengingatkan kepada kita yang tak semua yang ada di dunia ini adalah milik kita sahaja.

Dengan kelip-kelip yang semakin diancam kepupusan, pihak TNB dan badan tempatan telah mengambil keputusan untuk tidak memasang lampu di sekitar kawasan penetasan dan dimana kelip-kelip tinggal di sepanjang Sungai Selangor.

Terletak di Kampung Kuantan, perkhidmatan menaiki bot melihat Kelip-kelip dibuka setiap hari dari jam 7.30 hingga 10.30 malam.

Nota: Tiada gambar yang uncle boleh tunjuk di sini kerana sangat gelap dan tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash kamera. Anda boleh google tengok gambar kelip-kelip di Kuala Selangor.




Menarik kan tarikkan yang ada di Kuala Selangor. Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan di sini, tapi cukup la 3 ini untuk membuatkan anda teruja untuk ke Kuala Selangor. Tak perlu travel jauh-jauh, #DekatJe.

744 total views, 15 views today

Comments
  1. Risalah Husna
  2. aRz MoHa
  3. Wan Syahida
  4. RAIHANAH AHMAD
  5. Khir Khalid
    • Uncle Zuan
  6. zik
  7. sabree hussin
  8. Bro Framestone
  9. nikkhazami
  10. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge