Tarikkan Menarik Di Gangneung, Gangwon-do, Korea Selatan

Share

Gangneung merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam Gangwon-do, di sebelah pantai timur Korea Selatan. Gangneung merupakan pusat ekonomi bagi daerah Yeongdong yang hari ini merupakan bandar tarikkan pelancong yang popular. Salah satunya adalah tempat melihat matahari terbit, Jeongdongjin.

Gyeongpo Cherry Blossom

Gyeongpo Cherry Blossom.

Bandar ini juga rumah kepada kelab bola sepak Liga Kebangsaan, Gangneung City FC dan pasukan bola sepak K League, Gangwon FC.

Dengan populasi penduduk sebanyak 213, 846  orang, Gangneung menerima suhu purata 13.1℃ dengan suhu serendah-11.8℃ dan mencecah sehingga 36.1℃.

Tarikkan Pelancongan di Gangneung

Sekarang uncle nak sentuh mengenai tarikkan pelancongan yang ada di Gangneung pula. banyak tarikkan yang menarik yang ada di sini.

#1. Ojukheon

Ojukheon

Mendapat nama daripada deretan pokok buluh hitam (black bamboo tree)yang mengililinginya, di sinilah dimana Sin Saimdang (1504-1501) seorang pelukis tinggal. Rumah ini telah dibina ketika pemerintahan Raja Joseon dan Raja Jungjong dan merupakan salah satu rumah kayu tertua di Korea. Pada tahun 1963 rumah ini telah diistiharkan sebagai Treasure No. 165.

Bila sebut nama Saimdang mesti teringat mengenai drama ‘Saimdang, Light’s Diary’ kan?

#2. Seongyojang

Seongyojang

Bekas kediaman golongan kelas atasanm Naebeon Lee (1703-1781) di Gangneung-si, Gangwon-do. Ia telah ditetapkan sebagai Folklore Material No. 5 pada tahun 1967. Maksud “Seon”, dalam Seongyojang, adalah bot. Tasik Gyeongpo di hadapan kediaman Seongyojang pada masa yang ia dibina, menjadikan kediaman ini boleh diakses dengan bot.

Tasik Gyeongpo pada satu masa mencapai lilitan besar 12km, bagaimanapun saiznya telah berkurang sebanyak 4km, dan kedalamannya telah menurun sebanyak 1-2 meter. Dikatakan bahawa sebanyak 10 generasi keturunan Naebeon Lee tinggal di Seongyojang.

#3 Jumunjin Breakwater

Jumunjin Breakwater

Ada di sini peminat siri drama korea popular Goblin (Guardian: The Lonely and Great God)? Seperti namanya, Jumunjin breakwater, asalnya dibina untuk melindungi pantai daripada hakisan ombak laut. Disebabkan drama popular Goblin, harini ia menjadi tempat dimana para pengunjung datang untuk mengambil gambar bagi mengingati babak romantik drama popular tersebut.

#4. Jumunjin Fishmarket

Jumunjin fishmarket

Jumunjin Seafood Market telah dibina pada tahun 1936 dan terletak di Gangneung sebelah Jumunjin Port. Ia adalah pasaran makanan laut terbesar di Pantai Timur dan merupakan pasaran makanan laut dikeringkan dan pusat Sashimi. Pasar ini adalah tempat kegemaran di kalangan rakyat Korea dan para pelancong dari luar.

Di sini, para pengunjung boleh membeli sotong, ikan kembung, pollacks, tombak, dan ketam pada harga murah, dan juga boleh mendapatkan rasa segar Sashimi yang lazat. Di samping itu, Juminjin menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara menarik seperti ‘Blowfish Festival’ dan ‘Squid Festival’.

#5 Jeongdongjin Rail Bike

Jeongdongjin Rail Bike

Jeongdongjin Rail Bike yang terletak di Gangneung tersenarai didalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai stesen kereta api yang terletak paling dekat dengan laut, di dunia. Ia terkenal sebagai tempat terbaik untuk melihat matahari terbit dan mempunyai trek basikal di atas kereta api dari stesen Jeongdongjin yang membolehkan pengunjung pemandangan laut yang indah semasa berada di atas landasan keretapi.

#6. Haslla Art World

hassla-art-world

Haslla Art World merupakan sebuah tarikkan yang meliputi 61 ekar. Mendapat nama Haslla’ dari Gangneung daripada Shilla Era, Haslla dibentuk dengan menggunakan ciri-ciri semula jadi. Art Garden mengandungi Tree Garden Pine, Time Hall, Wetlands, Field Taman, Sea Garden dan Fun Garden.

Kawasan ini begitu besar sehinggakan satu lawatan penuh mengambil masa selama 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit.

#7. Anmok Coffee Street

Anmok-Coffee-Street

Gangneung mempunyai beberapa kedai kopi di jalan pelabuhan Anmok dan muzium kopi. Penggemar kopi di Gangneung mempunyai kebanggaan dalam resipi kopi mereka sendiri dan mengadakan perayaan kopi setiap tahun. Anda boleh menghirup kopi di Anmok sambil menikmati pemandangan laut yang indah.

Menarik kan tarikkan yang ada di Gangneung? Jom ke Gangneung tahun depan sambil tengok Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.




885 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Farah Alina
  2. Olaoli
  3. Mama Kembar 3
  4. mar
  5. mek onie
  6. Faizal Fredley
  7. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge