Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm

Share

Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm. Siapa pernah pergi PD Ostrich & Pets Show Farm? Sengan nak mengaku, walaupun uncle dah lebih 15 tahun tinggal di Negeri Sembilan, uncle baru sekali jejakkan kaki ke PD Ostrich & Pets Show Farm yang telah menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Port Dickson sejak 1 April 2001. Betul kata orang, negeri orang kita sibuk nak pergi, negeri kita sendiri tak habis kita terokai.

Pada cuti Deepavali yang lepas, uncle dah travel buddies uncle buat keputusan untuk ke Port Dickson untuk teroka tempat yang belum pernah kami jejak. Pada asalnya nak ke Rumah Terbalik Port Dickson, tapi di sebabkan ramai sangat orang que nak masuk, kami tundakan dahulu niat kami dan terus ke PD Ostrich & Pets Show Farm untuk rasa sendiri pengalaman ke tempat ini.




PD Ostrich & Pets Show Farm (1)

Pintu masuk ke PD Ostrich & Pets Show Farm. Nak parking kereta di kawasan ni sangat mudah dan adalah PERCUMA.

PD Ostrich & Pets Show Farm (3)

Nama pun Ostrich farm, jadi tarikkan utama mestilah burung unta. Uncle tak terkira berapa ekor burung unta ada di sini. Sangat banyak. Pergi sini, ada burung unta, pergi sana ada burung unta, nasib baik masuk toilet tak ada burung unta hehe.

PD Ostrich & Pets Show Farm (4)

Menurut salah seorang staff di sini, burung unta ni suka makan. Habis buah belimbing kat pokok dia makan. Yang belum masak pun dia bedal. Jadi tak hairan layang haritu GoPro uncle pun dia nak makan.

PD Ostrich & Pets Show Farm (5)

Bila mata bertentang mata~

Jangan terkejut yang ada juga burung unta yang di lepaskan. Jangan risau, burung unta ni sebenarnya jinak. Tak percaya? Tengok la jarak uncle dan dia hehe. Rapat tak?

Oh ya, uncle hampir di kejar oleh seekor burung unta ni sebab dia ingat kamera GoPro uncle boleh di makan.

PD Ostrich & Pets Show Farm (6)

Setiap tempat mesti ada larangan perkara yang tak boleh di langgar. Di sini, di larang untuk beri kelda dan unta makan.

PD Ostrich & Pets Show Farm (7)

Kat sini, bukan sahaja ada burung unta, haiwan lain seperti unta pun ada. Dan semestinya unta ni tak ada kepak macam burung unta.

PD Ostrich & Pets Show Farm (8)

Pada yang selama ni keliru antara kuda dan keldai, boleh dapat bezakan sendiri dengan lebih tepat di sini. Gambar di atas adalah seekor keldai, bukan seekor anak kuda ya.

PD Ostrich & Pets Show Farm (9)

Teringin nak naik burung unta ataupun kuda, tapi mahal? Kat sini murah je. Boleh la naik kuda dan burung unta pada fee yang berpatutan. Boleh rujuk fee naik kuda di bawah:

Fee menaiki kuda

Dewasa – RM10

Kanak-kanak – RM5

Bergambar – RM3

Fee menaiki burung unta

Dewasa – RM15

Kanak-kanak – RM10

Bergambar – RM5

PD Ostrich & Pets Show Farm (11)

Boleh katakan PD Ostrich & Pets Show Farm ni adalah Mini Zoo. Ada macam-macam jenis haiwan yang ada.

PD Ostrich & Pets Show Farm (13)

Kemudahan kafe dan tandas turut di sediakan untuk keselesaan pengunjung. Siapa yang teringin nak cuba daging burung unta boleh cuba sate ostrich kat sini.

PD Ostrich & Pets Show Farm (15)

Korang tau tak yang sebiji telur burung unta boleh boleh menampung berat sehingga 120kg? Walaupun berat uncle tak sampai 60 kg, tapi cuak juga pijak atas telur burung unta ni, mana taknya, kalau pecah boleh di denda sehinga RM100 tau.

PD Ostrich & Pets Show Farm (16)

Selain dari melihat burung unta, dan haiwan haiwan lain yang ada di sini, ada juga pakej yang korang boleh beli entrance Ostrich Farm ni seperti ATV Ride, Skyrunner, Seashell, Dino Park, Archery dan banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh enjoy kat sini.

pd ostrich farm archery

Disebabkan bajet yang tak banyak, uncle try archery dan ATV. Archery dapat 10 anak panah. Manakala ATV boleh bawa masuk hutan mini sejauh 1.5km.

atv port dickson

Uncle pertama kali mencuba ATV, memang fun la! Korang kalau teringin nak naik ATV tapi bajet tak banyak, boleh la cuba kat PD Ostrich Farm.

 

Info PD Ostrich & Pets Show Farm

  • Di buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6 petang.
  • Alamat: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
harga masuk pd ostrich farm

tiket pd ostrich farm

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak PD Ostrich Farm di talian +06 662 7496.

Banyak sebenarnya bena yang korang boleh buat di Port Dickson. Jadi tak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh untuk bercuti bersama keluarga di sini.



3,940 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Nana
  2. Nana
  3. Noriza Rahman
  4. titan
  5. Sync
  6. Wanyob
  7. cik tom
  8. Blog Kerjaya
  9. Raihanah Ahmad
  10. Bahrain
  11. Nurul Shahira
  12. Top Seo Friendly
  13. zik
  14. Hanny Abdullah
  15. bukharimalek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge