Masam, Pahit dan Manis 2013

Share

Mengikut kalendar yang diguna secara standard satu dunia, kalendar Gregorian, tak lama lagi kita bakal menyambut tahun 2014.

Apa hajat 2013 korang yang masih belum tercapai? Harap semuanya sudah tercapai la ye. Kalau tak tercapai, jangan terjun bangunan pula, double-kan usaha untuk capai apa yang tak tercapai pada tahun hadapan. Work hard tak semestinya akan memberikan keputusan yang bagus. Always work smart.

Pada den, tahun ni, hajat untuk graduate, dan ada satu kerja yang boleh memberi pendapatan tetap sudah tercapai. Alhamdulillah, hajat tercapai selepas lebih kurang 2 bulan tamat pengajian.

Tahun ni penuh dengan dugaan. Bermula dengan usaha menyiapkan pembentangan untuk projek akhir bagi memastikan impian graduate bersama classmate lain tercapai. Kemudian di susuli dengan dugaan menjalani latihan industri selama 3 bulan. Banyak juga dugaan ketika menjalani latihan industri. Mana tak nye, den mengulang Seremban Kl hari hari selama latihan industri. Banyak kali terlepas bus, terkejar train, bangun lambat, hujan yang menyebabkan landasan keretapi naik air sampai perjalanan tertunda.

Tapi ada pengalaman manis ketika latihan industri, boss bawa jalan jalan makan angin di Krabi Island Thailand. Itu kali ke 4 den ke Thailand.

Selepas menjalani latihan industri, den mula sibukkan diri re-brand blog den dari Saiazuan Blog (EleventX) ke Uncle Zuan. Berbekalkan sedikit fund, den akhirnya ada domain sendiri. Banyak juga time consume digunakan untuk biasakan diri dengan platform wordpress.

Ramai Yang Melabur Dalam Emas, Tapi Sedikit Sahaja Yang Berjaya Menjana Kekayaan.
Ingin Tahu Rahsia Kejayaan Mereka?

Tak habis dengan tu, den kemudian menyediakan diri bagi menghadapi temuduga pertama yang akhirnya memberikan hasil yang baik. Tapi sebelum bermula life di dalam rat race, sekali lagi kembali ke projek aplikasi Jawi bagi membawa nama UiTM ke arena pertandingan inovasi peringkat Universiti di NRIC yang dianjurkan USM. Banyak pengalaman menarik dan idea baru diperoleh sepanjang pertandingan berlangsung.

Kemudian… Pada akhir Ogos 2013, berahirlah kisah hidup seorang pelajar half time blogger, dan bermulalah kisah hidup seorang pekerja.

Tahun ini juga, untuk pertama kali, den dan bro’s den ke Singapore. Kami backpack travel ke sana untuk 2 hari, dan habiskan satu hari di dalam USS.

Apa pula misi tahun depan?

Den ingin ada satu aset ataupun portfolio (boleh jari property, boleh jadi stock, boleh jadi blog, dividen ASB & TH, tak kesah lah asalkan ia bukan liabiliti) yang boleh menjana pendapatan pasif walaupun den tengah tidur berdengkur. Dan ada satu pendapatan sampingan yang boleh menjadi support fund kepada pendapatan pasif. Jika misi tahun depan tercapai, inshaAllah, misi untuk ke Mekah bersama keluarga dalam 5 tahun boleh tercapai.

 

Apa pula misi 2014 korang?

Zuan

Share
Comments
  1. Manan Qayyim
  2. ohcikgu
  3. Denaihati
  4. Adam
  5. Kamil Salleh
  6. hafizmd
    • Zuan
  7. SA
  8. akubiomed
  9. syazana zainn
  10. the malay male
  11. blogger lelaki
  12. Sunshine Kelly
  13. hazman aka species1980
  14. JMR
  15. Bahrain
  16. titan
  17. Anuar
  18. Amran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge