Synergy Marine Menjalin Kerjasama Membina Kapal Berkuasa LNG Pertama di Malaysia

Share

Semakin hari semakin banyak syarikat tempatan yang berjaya membuat satu penanda aras yang baharu supaya pesaing dapat bersaing dengan lebih sihat dan dalam masa yang sama lebih memajukan pelbagai jenis indusri yang ada di dalam Malaysia.

Syarikat terkemuka Malaysia, Synergi Marine tidak melepaskan peluang untuk meletakkan satu penanda aras baharu didalam industri maritim. Pada 14 November yang lepas, Malaysia telah mencatatkan detik penting dlaam industri maritim apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation (menerusi anak syarikat Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) menandatangani MoU bagi menjayakan pembinaan kapal berkuasa LNG yang pertama di Malaysia.

Dato' Roslan Ahmad, Managing Director of Synergy Marine (M) Sdn.Bhd

Yang Berbahagia Dato’ Roslan Ahmad, Managing Director of Synergy Marine (M) Sdn.Bhd. menyampaikan ucapan kepada tetamu yang hadir mengenai LNG-Powered Vessel Shipbuilding yang pertama Malaysia.

Kapal Pertama Yang Dibina di Persisir Malaysia

Kapal berkenaan bukan sahaja bakal menjadi kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju dalam industri. Ini termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan. Agak tak terkata bila uncle tengok demo dia tempoh hari.

Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” tambah Dato’ Roslan lagi ketika majlis MoU Penandatanganan kapal LNG pertama Malaysia.

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia,Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

Dari kiri, Tuan. Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail, Deputy Director General 2 (Operations) of Marine Department Malaysia; Mr. Abdul Razak Ismail, Managing Director / CEO of MTCMS Design Sdn. Bhd. ; Yang Berbahagia Dato’ Roslan Ahmad, Managing Director of Synergy Marine (M) Sdn. Bhd. ; Captain Ting Hien Liong, CEO of Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. ; and Mr. Vincent Ling Lu Yew, Executive Director of Shin Yang Shipping Corporation Berhad bersama MOU Malaysia’s first LNG-Powered Vessel Shipbuilding antara Synergy Marine (M) Sdn. Bhd. , MTCMS Design Sdn. Bhd. ,and Shin Yang Corporation Berhad yang telah ditandatangani.

Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di dalam pasaran global.

636 total views, 18 views today

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge