Standing In The Eyes of The World

Tak tahu apa den nak share harini. Sibuk dengan beberapa tanggungjawab.

Yup, sibuk pada usia muda maksudnya bagus. Kenapa den kata bagus? Fikir sendiri! hehe..

Kebelakangan ni den suka mendengar lagu-lagu berlirik kejayaan. Lirik yang mana menyuntik semangat untuk terus berusaha untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Supaya tak jatuh dan malas bangun. Supaya apabila jatuh, akan teringat untuk bangun semula. Supaya sentiasa ingat apa impian kita.

Berjaya tak semestinya berjaya dalam kerjaya, berjaya dengan kewangan, anugerah, etc. Berjaya menjadi insan cemerlang yang boleh dijadikan contoh dan teladan mereka yang mencari kehidupan.

Bagaimana nak berjaya? Tetapkan impian. Jadikan diri berfikiran terbuka dengan membaca pelbagai genre buku. Yup, buku dan blog membuka minda kita. Dari negative ke positif, dari tak tahu kepada tahu, dan dari zero ke hero.

Den nak kongsikan lirik lagu yang pernah menyentuh hati kita suatu masa dulu. Lagu nyanyian ratu rock kita, Ella. Lagu tema Sukan Komanwel 1998. Standing In The Eyes Of The World.

Pahit getir hidup…
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba…

Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul

Zuan
p.s: Salam Takziah untuk MH370

Comments
  1. Ezad Skytech
  2. Cikgu Bola
  3. suri
  4. wazy
  5. Denaihati
  6. Lizz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge