Stadium-Stadium Yang Akan Digunakan Untuk PyeongChang 2018

Share

Stadium adalah satu tapak atau tempat yang penting dalam menjayakan sesuatu acara seperti sukan ataupun konsert. Ia adalah tapak yang penting untuk menampung penonton. Lagi besar, canggih dan selesa sesuatu stadium tu lagi bagus untuk acara yang besar seperti Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.

Dalam usaha menjayakan PyeongChang 2018, sebanyak 6 buah stadium yang baru telah dibina menjadikan jumlah keseluruhan stadium yang ada untuk temasya sukan Olimpik dan Paralimpik PyeongChang 2018 sebanyak 13 buah. Ia dilihat bakal memberikan kelancaran temasya sukan yang akan dijalankan, dan dalam masa yang sama akan memberikan keselesaan kepada penonton yang datang dari seluruh dunia.



#1 Pyeongchang Olympic Stadium

Pyeongchang Olympic Stadium akan menjadi stadium sementara untuk acara pembukaan dan penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018  dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018.

PyeongChang Olympic Stadium

Stadium Olympic PyeongChang

Stadium ini terletak di Daegwallyeong-myeon, kira-kira dua kilometer (1.2 bt) dari dari Alpensia Resort. Dengan reka bentuk pentagon, stadium ini juga akan berfungsi sebagai plaza pingat semasa permainan, penganjuran upacara penyampaian pingat. Stadium Olimpik PyeongChang akan memuatkan 50,000 tempat duduk sementara, dan akan yang akan diceraikan semula selepas acara PyeongChang 2018 berakhir. Stadium ini dijangka siap pada September 2017. Di samping itu, sebelah stadium ini akan ditempatkan dewan pameran, serta pasaran makanan tradisional dan tarikan lain yang ada, yang akan kekal tanpa dirobohkan.

#2 Alpensia Biathlon Centre

Alpensia Biathlon Center yang terletak di resort Alpensia, ialah tempat berlangsungnya acara biathlon. Ia yang terletak di Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do, Korea Selatan.

Alpensia Cross-Country Skiing Centre

3 venue untuk acara sukan yang bakal dijalankan di Alpensia resort iaitu Cross-Country Skiing, Biaton dan Ski Jumping

Venue untuk Biathlon ini pertama kali disiapkan pada 1998. Pelbagai pengubahsuaian telah dibuat dan disiapkan pada tahun 2007. Ia akan menjadi venue untuk acara Biathlon untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang mampu memuatkan sehingga 7,500 orang penonton.

#3 Alpensia Ski Jumping Centre

Alpensia Ski Jump merupakan stadium pelbagai guna yang juga merupakan simbol Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018.

Alpensia Ski Jumping Centre (2)

Alpensia Ski Jumping Centre yang merupakan simbol untuk PyeongChang 2018

Terletak di Alpensia Resort, pada asalnya Ski Jumping Centre ini dirancang unutk menjadi tempat berlangsungnya upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. Ski Jumping Centre bukan sahaja boleh digunakan sebagai tempat untuk Ski Jumpang, ia juga boleh digunakan untuk acara sukan Nordic dan Snowboard (air). Telah dibuka pada tahun 2008, stadium ini mampu menampung sehingga 11,000 orang penonton pada satu masa.

#4 Alpensia Cross-Country Skiing Centre

Alpensia Cross-Country Center ialah tempat akan berlangsungnya pertandingan ski merentas desa yang terletak di resort Alpensia.

Alpensia Cross-Country Skiing Centre

Alpensia Cross-Country Skiing Centre

Ia telah disiapkan pada tahun 1998. Pelbagai pengubahsuaian telah dilakukan sebagai sebahagian daripada persiapan dan siap dinaiktaraf sepenuhnya pada tahun 2009. Venue ini mampu memuatkan sehingga 7,500 orang penonton.

#5 Alpensia Sliding Centre

The Alpensia Sliding Center akan menempatkan bobsleigh, luge, dan trek rangka yang juga terletak di Alpensia Resort.

Alpensia Sliding Centre

Alpensia Sliding Centre

Tempat ini akan menjadi tuan rumah untuk acara sukan bobsleigh, luge, dan skleton untuk 2018 Sukan Olimpik Musim Sejuk. Dengan trek sepanjang 2,018 meter , ia akan menampung sehingga 7,000 penonton.

#6 Yongpyong Alpine Centre

Yongpyong Alpine Centre adalah sebuah resort ski yang telah siap dibina pada tahun 1998. Juga dikenali sebagai Dragon Valley, boleh memuatkan sehingga 6,000 orang penonton.

Yongpyong Alpine Centre

Yongpyong Alpine Centre

Di sini pernah berlangsung acara Asian Winter Games 1999, Biathlon World Championships 2009, World Cup slalom and giant slalom, dan banyak lagi. Yongpyong Alpine Centre agak popular sebab pernah jadi tempat shooting beberapa drama korea seperti Winter Sonata dan Goblin.

#7 Bokwang Phoenix Snow Park

Bokwang Phoenix Park yang siap dibina pada tahun 1995 merupakan sebuah tempat peranginan ski di Korea Selatan. Ia terletak di perbandaran Bongpyeong-myeon, di daerah Pyeongchang.

Bokwang-Snow-Park

Bokwang Snow Park

Boleh memuatkan sehingga 18,000 orang penonton dalam satu masa menjadikan Bokwang Snow Park antara venue paling besar untuk PyeongChang 2018. Di sini akan menjadi tempat untuk acara ski gaya bebas dan snowboard. Ia juga merupakan salah satu lokasi di mana televisyen drama Autumn dalam My Heart dirakamkan.





Itu la antara 13 venue untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2018. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai venue PyeongChang 2018, boleh refer di sini > www.pyeongchang2018.com/en/pyeongchang2018/venues/.

 

*****
Wow! 2018 PyeongChang adalah program supporter yang direka khas oleh KTO Malaysia bagi menjalankan kerjasama dengan pengaruh social media dan penulis blog di Malaysia bagi bersama-sama mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Setiap ahli WOW! 2018 PyeongChang akan melakukan posting secara berkala tentang sukan Olimpik yang bakal dilangsungkan seperti mengenai stadium dan permainan, sumber-sumber pelancongan dan perayaan di bandar Olimpik dan lain-lain melalui medium blog, media social dan saluran SNS.

665 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. Sue
  2. reezluv
  3. lisak
  4. mrhanafi
  5. seri
  6. RAIHANAH AHMAD
  7. Hero Borneo
  8. Khir Khalid
  9. Seorang Syed
  10. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge