SpongeBob’s Christmas Lagoon – Istimewa Sunway Lagoon

Share

Bila dah cuti sekolah ni, nak nak dah dekat dengan akhir tahun dan Christmas, macam-macam aktiviti menarik mula ditawarkan.

Terbaru, Sunway Lagoon yang merupakan Top 5 Best Waterpark di Asia 2016, yang telah dianugerahkan oleh TripAdvisor membawakan SpongeBob dan kawan-kawannya kepada pengunjung yang hadir.

Pengunjung akan melihat pelbagai aktivit menarik bertemakan Christmas di sepanjang Nickelodeon Theme Land yang terletak di dalam Sunway Lagoon Theme Park.

SpongeBob’s Christmas Lagoon

Antara yang menanti ketibaan pengunjung ke Sunway Lagoon adalah Lagoon Express Train yang mana pengunjung boleh dapati di pintu masuk belah Surf Beach. Train tersebut akan terus membawa pengunjung ke Nickelodeon Theme Land.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Coral Christmas Tree setinggi 20 kaki. Persembahan tarian dari karaktor-karaktor dalam animasi SpongeBob, ketibaan Santa Claus dan banyak lagi.

spongebob_sunway_lagoon_kl

Ketibaan maskot SpongeBob dan Patrick Starfish menghiburkan suasana

sunway_lagoon_theme_park_sponge_bob_xmas

Pelbagai persembahan menarik menanti pengunjung

sunway_lagoon

Jadual untuk meet & greet karaktor-karaktor popular Nickelodeon.

sunway_lagoon_performance

Sampai leka uncle dengan persembahan dari performer yang ada di sini

sunway_lagoon_xmas_spongebob

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Coral Xmas Tree

sunway_lagoon__train

Dapat dikurangkan juga kepenatan tu bila dapat naik train

sunway_lagoon_spongebob

Nantikan juga kedatangan Santa setiap hari dari jam 2 hingga 3 petang

Harga Tiket Sunway Lagoon

Kalau berbanding dulu yang mana pengunjung perlu pilih jenis wet atau dry, harini untuk tiket masuk ke Sunway Lagoon, pengunjung boleh terus dapatkan akses ke semua jenis park yang ada pada 1 harga.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Dengan lebih 90 tarikkan yang ada tersedia di 6 theme park yang berbeza, harga tiket bermula dari RM120 untuk kanak kanak bawah 11 tahun, dan RM150 untuk dewasa atas 12 tahun.

Uncle memang jarang sekali ke Sunway Lagoon, tapi kalau sekali masuk, mesti TERKEJUT!

Terkejut sebab ada je kelainan yang dibawakan oleh pihak Sunway Lagoon. Mungkin sebab tu juga pihak Sunway Lagoon perkenalkan Passport! Kalau anda beli Passport, anda boleh masuk sebanyak mana anda nak ke dalam Sunway Lagoon selama setahun dengan harga cuma RM200! Info boleh rujuk kat sunwaylagoon.com.



Macam mana nak ke Sunway Lagoon menggunakan public transport dengan mudah?

sunway_lagoon_brt_public_transport

Kalau anda dari KL Sentral, anda boleh terus menaiki LRT menghala ke Putra Heights. Anda perlu turun di stesen USJ7. Kemudian ambil bus BRT yang menghala ke Sunway yang ada disediakan di situ. Kekerapan bus BRT dalam 10-15 minit. Anda akan terus sampai ke Sunway Lagoon, yang mana anda akan terus ke pintu masuk Surf Beach, Sunway Lagoon.

1,129 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Hairul HIssam
  2. aswaleyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge