Singapore Dah Ada Funko Pop! Icons Merlion, Malaysia Bila Lagi?

Simply Toys Singapore telah mengeluarkan Funko Pop exclusive Merlion untuk siri Pop Icons! Ini bukan kali pertama Singapore ada Funko Pop exclusive mereka sendiri.

Sebelum ini pun Singapore ada Funko Pop exclusive mereka sendiri iaitu mereka pernah keluarkan 2 version Merlion yang sebelum ini, dan mereka keluarkan Singapore Girl khas untuk Singapore Airlines.

Merlion edisi 2019 exclusive keluaran Simply Toys Singapore. Uncle suka versi baru ni sebab ada pancuran air dari mulut Merlion tu.
Funko Pop merlion versi tahun 2016. Dah tak ada dikeluarkan lagi versi ini. Harga pasaran agak mahal. Uncle tak berani nak beli hehe.
Ini juga Funko Pop Merlion versi 2016. Pun dah tak keluarkan lagi. Cantik kan? Lebih detail pada uncle version 2016 ni.
Singapore Girl Funko Pop keluaran Krisshop. Singapore girl ni sangat comel. Dan ia exclusive keluaran untuk Singapore Airlines dan hanya dijual di KrisShop. Funko Pop ini dikeluarkan tahun 2018.

Comel comel kan Funko Pop keluaran Singapore. Uncle dah ada Merlion yang versi 2019. Rasa cukup la satu tu kot. Kalau nak beli lagi pun mungkin nak beli Singapore Girl sebagai koleksi tambahan.

Uncle harap satu hari nanti Malaysia pun ada Funko Pop Exclusive kita juga. Kita ada banyak pop icon seperti Upin Ipin, kita ada juga icon penyanyi seperti Siti Norhaliza, tokoh politik Mahadhir, dan banyak lagi. Mungkin kita boleh buat satu Pop Icon khas untuk Funko Pop Malaysia, yang mana orang luar boleh beli dan buat kenangan bila bawak balik ke tanah air mereka nanti.

Korang dah tengok Funko Pop Merlion Unboxing uncle? Boleh usya dekat sini.

Selain daripada Singapore, Thailand dan Philippines pun ada keluaran Funko Pop exclusive mereka sendiri. Setakat ini, Thailand ada Sukjai (Thai Boxing / Muaythai), dan beberapa Mythical Creature pops. Philippines pula keluarkan Funko Pop exclusive untuk Jollibee (Fast Food popular Philippine).

Uncle suka bila Funko Pop ada keluaran exclusive setiap negara. Harap harap lepas ni lagi banyak negara ada Funko Pop mereka sendiri. Jadi nanti bila uncle travel, boleh la beli Funko Pop sebagai kenangan.

242 total views, 1 views today

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge