Siemens Akan Melaburkan €100 Juta Euro Di Malaysia

Share

Kalau pada bulan March kita dimaklumakan yang Jack Ma (founder Alibaba Group) melancarkan pusat pengedaran serantau Alibaba di Malaysia, bulan ini kita dikejutkan pula yang Siemens akan melaburkan €100 Juga euro bagi meningkatkan kemahiran semula dan memperkasakan pendigitalan di Malaysia.

Dikala kita merasakan ekonomi kita semakin lemah dengan matawang yang semakin jatuh, ada gergasi di luar sana berani masuk untuk melabur di dalam Malaysia. Satu berita baik yang uncle rasakan dalam beberapa tahun akan datang, makin ramai pelabur luar sana kana kembali melabur semula didalam Malaysia.

Siemens Akan Melaburkan €100 Juta Euro Di Malaysia

Kuasa besar global panda rantaian elektrifikasi, Siemens, bersedia untuk melabur EUR100 juta bernilai geran perisian untuk universiti dan kolej tempatan untuk meningkatkan latihan semula dan meningkatkan keupayaan latihan kepada bakal jurutera sebagai persediaan untuk perindustrian Malaysia pada masa akan datang.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens AG, Encik Joe Kaeser pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pada 14 April lepas. Turut hadir Siemens Malaysia Presiden & CEO Mr Prakash Chandran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens AG, Encik Joe Kaeser (kanan) bersama Siemens Malaysia Presiden & CEO Mr Prakash Chandran (kiri) pada majlis sidang media.

Pemberian geran perisian yang ditetapkan bagi memberi kelebihan kepada pelajar yang belajar di universiti didalam Malaysia dalam pendigitalan. Ini diumumkan selepas mesyuarat peringkat tertinggi dan kunjungan hormat bersama Perdana Menteri Malaysia Dato ‘Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)dan Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 13 April 2017.

Menurut Encik Kaeser; “Kami menawarkan kepada Perdana Menteri bahawa Siemens boleh memberi bantuan kelas pertama dalam mewujudkan alat perisian untuk perindustrian internet yang akan digunakan dalam bidang pembuatan seperti Industrie 4.0, dan rela memberikan perisian sejumlah 100 juta euro untuk universiti dan kolej supaya generasi muda boleh belajar untuk mensimulasi dalam dunia maya pembuatan”.




“Kita lihat banyak peluang yang baik dalam Malaysia untuk mengembangkan lagi sumber kami. Dengan Perdana Menteri, kami juga membincangkan masa depan negara dan era digital bagaimana revolusi industri keseluruhan akan dilaksanakan di negara ini, dan bagaimana Siemens boleh menjadi rakan kongsi pelanggan dan universiti-universiti terkemuka untuk membantu mendekap Revolusi Industrial Keempat. Seperti yang anda tahu, Siemens merupakan peneraju dunia dalam pembuatan dan automasi, dan pembekal terbesar perisian perindustrian dengan pendapatan kira-kira EUR 5 billion. Pendigitalan adalah fokus baru kami, kami percaya ia adalah penting untuk melabur dalam kemahiran perisian untuk melatih pelajar-pelajar dalam generasi akan datang kejuruteraan,” Ujar Encik Kaeser lagi yang kemudian mendedahkan bahawa Siemens Malaysia mendapat EUR 879 juta pada 2016.

Encik Prakash Chandran, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia mengulas: “Sejak kehadiran Siemens di Malaysia iaitu lebih daripada 100 tahun sekarang, kami memastikan bahawa kami memberikan sokongan di mana ia diperlukan termasuk menyediakan akses kepada pendidikan dan teknologi terkini.” 

Menurut Encik Prakash, Siemens melabur kira-kira 6% dalam penyelidikan dan pembangunan setiap tahun, dan telah membawa teknologi terkini, sama ada dengan projek-projek rel MRT, LRT. Menurutnya lagi, Siemens sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dan mencari apa pembaharuan yang boleh dibawa masuk yang dipercayai mampu membantu pertumbuan Malaysia dalam digital economi.

gambar ikhsan isaactan.net

Dilihat dengan ini mungkin akan lebih banyak gergasi di luar sana akan mula beralih perhatian untuk masuk melabur didalam Malaysia. Harap peluang yang ada ini diambil sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar universiti terutamanya.

16,475 total views, 37 views today

Share
Comments
  1. RAIHANAH AHMAD
    • Uncle Zuan
  2. Emily
  3. riangria
  4. Vicky
  5. mrhanafi
  6. Adam
  7. wan syahida
  8. Ezad Skytech
  9. anuar
  10. Eeca Shyaa
  11. Noriza Abdul Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge