The Settlement Hotel Melaka

Share

Uncle jarang sekali tidur dalam hotel kalau ke Melaka. Mana tidaknya, rumah nenek uncle terletak kat Umbai, Melaka. Jadi lebih jimat kalau tumpang tidur rumah nenek uncle hehe.

Baru-baru ni uncle telah menginap di salah sebuah hotel di Melaka yang terletak hanya 10 minit dari The Shore.

The Settlement Hotel Melaka

the_settlement _hotel_melaka

The Settlement Hotel terletak di Jalan Ujong Pasir, Melaka

Tertarik dengan sambutan dari penyambut tetamu yang setia menunggu ketibaan pengunjung membuatkan uncle tertarik untuk kongsikan pengalaman menetap di sini.

the_settlement-_hotel_melaka

Sapa tak seronok bila dapat kad dan sign dari GM, siap ada print nama kita lagi.

the_settlement _hotel_melaka

Uncle tinggal di bilik deluxe twin. Satu malam cuma RM240

the_settlement _hotel_melaka

Yang lagi best, siap ada bath tub lagi dalm bilik air

Bilik yang uncle inap lengkap dengan kelengkapan seperti kemudahan wifi berkelajuan tinggi, tv LDC 32 inch dengan satellite channel, water heater, hair drier, iron dan iron board.

the_settlement _hotel_melaka

Seperti kebanyakkan hotel, breakfast disediakan kepada pengunjung. Uncle suka dia punya nasi lemak sambal ayam dia. Sedap!

the_settlement _hotel_melaka

Di belakang bangunan hotel ini ada lagi beberapa fasiliti lain yang disediakan pihak hotel.

the_settlement-_hotel_melaka

Yang bestnya, ada rooftop garden yang boleh diakses semua tetamu yang menginap di sini. Cantik view malam kat atas rooftop garden ni

Antara kemudahan tambahan yang boleh didapati di sini adalah;

  • Ballroom – Sesuai untuk adakan function atau event sebab ia boleh memuatkan hingga 100 orang.
  • Meeting Room – Sesuai untuk mereka yang ingin adakan mesyarant kecil atau untuk sesi brainstorming.
  • Traditional Spa Village & Pool
  • The Dining Room
  • The Long Table Bar

Alamat: Jalan Ujong Pasir, Taman Aman, 75050 Melaka

Website: thesettlementhotel.com

Phone: 06-292 1133

Email: reservation@thesettlementhotel.com

**********

#ICYDKMelaka singkatan In Case You Didn’t Know Melaka, adalah sebuah program lawatan hasil usaha sama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan Gaya Travel Magazine yang telah dianjurkan dari 3 November – 5 November 2016.

Lawatan ini adalah bersempena dengan Karnival CITRARASA HOMESTAY MALAYSIA 2016 dan bertujuan untuk memberi publisiti kepada industri homestay, penginapan yang merehatkan dan tarikan & aktiviti terkini di Melaka. Sebanyak 30 media, penulis blog & influencer tempatan dan antarabangsa telah menurut serta dalam lawatan ini.

2,677 total views, 10 views today

Share
Comments
  1. Mama Kembar 3
  2. Emily
  3. Chaycya O Simanjuntak
  4. afzalsukasuki
  5. Ezad Skytech
  6. Muhammad Khairuddin Lim
  7. haffizuliskandar
  8. Anuar
  9. raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge