Servis Repair Smartphone Terbaik! MrFIX Datang Ke Rumah Untuk Repair iPhone

Baru-baru ini uncle ada ’emergency’ yang mana uncle malas nak keluar ke rumah haha. Punya la malas sampai phone uncle rosak pun call MrFIX Bangi untuk datang repair iPhone uncle.

Bukan lah masalah besar pun, cuma uncle punya volume up/down iPhone tak berfungsi je. Apa yang uncle buat, uncle WhatsApps ke nombor 018-988 6531, nyatakan apa masalah iPhone uncle, dan terus set masa untuk datang ke rumah. Kebetulan diorang free waktu tu, terus datang ke rumah untuk repair iPhone uncle.

Siap ada special motor lagi tu.

Tapi tu la kan, hari ni bukan je korang boleh order makanan hatar ke rumah, malah korang juga boleh buat temujanji untuk orang datang ke rumah untuk servis dan repair smartphone korang. Bagus betul idea MrFIX Bangi ni. kalau kita tak dapat datang ke diorang, diorang yang datang ke kita.

Relax je staff MrFIX operate iPhone uncle. Tak berpeluh langsung walaupun uncle lupa buka aircond waktu tu.

Area Yang MrFIX 2 U cover?

Bukan je area Kajang,Bangi dan Putrajaya malah diorang juga boleh ke KL. Tapi untuk ke luar kawasan ada caj tambahan sebanyak RM30 je.

Apa Kerosakkan Yang Korang Boleh Repair Melalui MrFIX 2 U ni?

Menurut staff MrFIX yang datang ke rumah uncle haritu, masalah yang diorang boleh repair on the spot ada minor sahaja seperti tukar bateri phone, tukar home button, tukar LCD, masalah volume button tak berfungsi, masalah camera tak berfungsi, ear piece camera tak kedengaran, plug in/charging port tak berfungsi dengan baik. Banyak la juga MrFIX boleh repair ON THE SPOT.

Kecuali masalah yang berkaitan dengan motherboard, MrFIX tak boleh repair on the spot la, tapi korang boleh hantar ke kedai MrFIX yang terletak di Bangi.

Selain dari repair phone, korang juga boleh servis Computer, Laptop dan MacBook korang dengan MrFIX.

Ulasan uncle mengenai servis MrFIX 2 U ni, staff diorang sangat responsive dengan whatsapp kornag. Tak perlu tunggu lama untuk diorang reply mesej korang untuk booking. Kaedah booking pun mudah, korang perlu bagitau apa masalah phone korang dan bagitau lokasi korang. Kemudian boleh set temunaji untung diorang datang bila.

Servis memang terbaik, staff ramah tak sombong sombong. Diorang tau apa diorang nak kena buat. Tak nampak kekok bila operate phone kita tu. Harga yang dikenakan pun agak berpatutan dan yang penting, ada warranty.

Staff MrFIX agak ramah dan tak lokek mengenai tips penjagaan smartphone.

Maklumat lanjut korang boleh usya dekat FB page Mr FIX: facebook.com/MRFIXMOBILE.

Dan boleh usya di blog mereka di www.mrfix.my.

Alamat MrFix: No 50 Jalan 7/7A (3.98 km)
43650 Bangi, Selangor, Malaysia

Contact no: 018-9886 531

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 10pm)

Terima kasih MrFIX datang rumah untuk repair phone saya, nanti datang lagi ye hehe.

324 total views, 20 views today

Comments
  1. mamapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge