Seronoknya Raya Dengan SpongeBob SquarePants di WCT Malls

Pejam celik pejam celik dah 20 tahun rupanya SpongeBob SquarePants membawa dunia magis bawah laut mereka ke dunia kita. Masih ingat lagi uncle di waktu pagi hujung minggu, uncle bangun awal pagi supaya boleh tengok gelagat SpongeBob dan kawannya di kaca TV.

Sempena dengan sambutan ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, ruang legar WTC Malls akan dihiasi dengan dunia SpongeBob khas kepada peminat mereka.

Bertemakan ‘Seronoknya Raya’, kemunculan istimewa SpongeBob dan Patrick Starfish menceriakan lagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, dan gateway@klia2.

Bagi memeriahkan lagi ‘Seronoknya Raya’ yang dibawa khas oleh WTC Malls, ruang legar akan dihiasi dengan rumah nenas (pinaple) bawah laut yang terkanl, jualan cenderahati istimewa termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baharu, mainan, belon SpongeBob dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WTC Malls, Cik Selena Chua, Paradigm Mall PJ akan menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu ‘A Library of Hope’, sumbangan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik dan ‘Denim Donation Drive’ bagi membantu ibu-ibu tunggal. Program amal yang dianjurkan adalah untuk meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial koperat WTC Malls bagi menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat.

Selain itu juga, anda yang shopping di Paradigm Mall PJ, Paradigm Mall JB dan gateway@klia2, berpeluang untuk membuat penebusan barangan eksklusif raya SpongeBob.

Apa tunggu lagi, jom ke MTC Malls berdekatan tempat anda dan shopping raya bersama SpongeBob dan rakan-rakannya.

1,978 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge