Seronok Layan Feed #ETW6 Ngeteh!
Dah lama uncle tak ikut Fam Trip yang dianjurkan oleh Gaya Travel. Rasanya Fam Trip terakhir yang uncle join adalah Rentak Selangor yang telah berlangsung pada bulan April yang lepas.
Baru-baru ini banyak naik kat feed instagram dan twitter #ETW6 yang merupakan Eat Travel Write edisi ke-6 yang bertemakan Ngeteh. Memang layan juga gambar-gambar makanan dan tempat menarik yang ada di sekitar selangor yang dikongsikan pengamal media social di medium Instagram, Facebook dan Twitter. Tak senang uncle nak kerja bila tengok hasil perkongsian mereka.
Pada yang tak tahu, ‘ngeteh’ tu adalah singkatan kepada minum teh yang merupakan singkatan yang biasa digunakan untuk ajak kawan-kawan minum petang atau melepak di gerai-gerai makan untuk bersembang.
Bersempena dengan itu, wujudnya Eat Travel Write 6 yang membawakan tema Ngeteh! yang dibawakan oleh Tourism Selangor dan Gaya Travel.
Seronok Layan Feed #ETW6 Ngeteh!
Kejap-kejap uncle akan buka social media uncle terutamanya Instagram dan Twitter bagi melihat perkongsian rakan social media uncle.
Ada juga uncle usya feed melalui #ETW6 di Instagram dan Twitter untuk melihat gambar dan informasi terkini mengenai tempat makan dan minum menarik yang ada.
Antara perkongsian rakan media social uncle yang juga dikalangan blogger adalah Teh Beng Madu Kamilah yang dijual pada harga RM4.
BBQ Lamb di BBQ LAMB KL Kemensah.
Sate di Sate Kajang Haji Samuri, Kajang.
Dan banyak lagi feed tempat makan, tempat minum dan tempat menarik untuk dilawati di sekitar Selangor yang dikongsikan. Anda boleh follow feed #ETW6 di instagram dan twitter untuk maklumat lanjut.
Okay la, uncle dah lapar. Masa untuk food hunting di sekitar Selangor.
7,816 total views, 1 views today
Terliur pulak tengok gambar air dan makanan kat sini, kena cuba nanti
Khairul Zamri recently posted…Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk 2017
Teh beng madu tu memang menggamit rasa nak mengeteh
Noriza Rahman recently posted…Suka Minum Susu Soya? Ini Tips Ringkas untuk Memilih Sumber Protein Soya yang Betul!
best la ngeteh sambil pekena masakan sedap2
Raihanah recently posted…Vivix, Awet Muda dan Kulit Bermasalah
Terima kasih. Tapi betul Qiss rasa makanan dia memang sedap-sedap. Paling best resepi tumis betik dan rendang pucuk ubi la.