Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
Dapat mesej dari tuan punya homestay mengatakan yang uncle dan travel buddies yang lain akan berpindah dari apartment yang telah kami bermalam selama 2 malam ke sebuah cottage di Fremantle.
What??!
Pindah apartment?
Bermalam kat Cottage?
Terkejut juga dengan mesej tersebut.
Tapi perasaan ingin merasa pengalaman bermalam di cottage yang ada didalam diri masing-masing dengan cepat hilangkan persoalan tersebut.
Terus kami bersiap dan bawa bagasi menaiki train di stesen Perth menghala ke Fremantle.
Sampai je dari stesen, kami berjalan kaki ke Fremantle Prison YHA. Cottage yang akan kami menginap selama satu malam terletak di Fremantle Prison YHA. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari stesen keretapi Fremantle.
kredit gambar > mawardiyunus.com
Suasana di luar cottage sangat tenang. Senyap dari bunyi bising kenderaan. Orang pun tak ramai. Suhu tak payah cakap la, sejuk wei. Memang orang ais la kalau boleh tahan suhu ni tanpa baju sejuk.
Ada la beberap orang lalu lintas kat tempat ni. Luar kawasan penjara ada banyak juga kereta. Tapi tak nampak ramai orang. Mungkin kereta pekerja.
Ada 2 buah bilik dalam cottage ni.
Satu bilik besar queen size.
Lagi satu bilik macam gambar kat atas. Ada 2 katil double decker.
Tengok saja pada lantai dia yang diperbuat dari kayu, jalan je ada bunyi kayu bergesel. Kalau sorang sorang jalan dalam cottage? Mau meremang bulu roma…
Nak jadikan cerita, apabila menjelang malam…
Tiap kali sorang ke tandas, semua kena teman…
Bunyi lantai dia dah satu hal seram…
Lepastu sunyi sepi kat luar cottage…
Nak nak pulak, malam tu kami pulang cottage bila dah gelap. Kami pergi King’s Park pada waktu petang, dan balik pada waktu malam.
Sampai je stesen bus kat Fremantle, kami naik bus untuk balik ke cottage.
Dan bus driver ni pun boleh tahan juga sakat kami;
“Are you sure you gonna sleep there tonight?
I’ve heard lots of ghost story there….”
Kami positive je apa dia cakap.
Nak sedapkan hati, ‘Orang putih memang penakut, tak macam orang Malaysia’
Haha…
Driver bus drop kami kat satu jalan gelap. Jalan tu memang bus tak masuk. Dan jalan tu jalan yang paling dekat nak ke cottage kami.
Dengan slumber, kami pun lalu la jalan gelap tu.
Nak kasi tak senyap sangat, masing masing cakap kuat. Gelak-gelak…
Tup tup…
Dah sampai cottage….
OK tak seram kan? Hehe
Itu la sedikit perkongsian uncle mengenai pengalaman kami menginap di Cottage yang terdapat di Fremantle Prison YHA.
Malam tu masing-masing tidur awal sebab penat… Dan alhamdulillah, tiada apa-apa perkara tak elok berlaku pada malam tu.
Uncle tak pasti berapa rate satu malam kat sini. Tapi untuk info mengenai penginapan kami di Fremental boleh rujuk di sini >>> https://www.yha.com.au/hostels/wa/perth-surrounds/fremantle/rent-a-yha/
Alamat: 6 The Terrace, Fremantle WA 6160, Australia
Terima kasih kepada owner homestay Amnahome ada kejutan yang diberikan. Satu pengalaman bermalam di cottage yang kami takkan lupakan. Ada peluang, kami bermalam lagi kat situ..
Ada berani nak try tidur untuk satu malam?
Tak seram pun bermalam kat cottage ni, cuma sejuk je la… hehehe
13,303 total views, 1 views today
Haha rasa macam seram je. Tgk gambar pun dah takut. haha. Betul ke ni tk de pape terjadi ?
suasana kat frementle prison memang seram. tapi kalau ada travel buddies yang kering, seram tu hanyalah perkataan..
malam tu tak ada pape pun terjadi. tapi tak tau la kalau ada yang bawak balik saka baru hahahaha
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Kalo di liat dari foto, macam spooky tempat nya hehehe
cumilebay recently posted…Wajah Bahagia Anak – Anak Suku Bajo
tu baru dilihat dari foto. cuba menginap di sana untuk satu malam 🙂
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
luar tu macam seram juga. kalau saya pun berteman nak pi mana2 area dlm rumah
Raihanah recently posted…Vivix Dan Penyakit Berkaitan Neuro
rumah ni jadi seram sebab sejuk, dan lantai dia kayu, jadi setiap kali jalan ada la bunyi kayu tu. memang seram dan sejuk la jadinya hahahaha
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Menyeramkan gak klau sorg2 nie…
Introducer maybank/cimb-0127292850 recently posted…Syarat2 pembukaan account semasa dan kaedah berurusan secara teperinci untuk introducer.
jangan pergi sorang sorang sebab cottage ni besar !
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
tu jek..tak lah seram hehehe
jari manis recently posted…Trip Hatyai – The Great Serpent Nag in Songkla
cube try la… baru la tahu…
ADE BRAN KER???!!!!
haha try jangan tak try tidur 1 malam kat sini
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
cehhh berlagak. hahaha try tidur dorm la kalau berani hehe
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
igtkan seram sejuk… sejuk je yg ada.. seram takde ke?
jom jenguk sini ya.. hehe
matdin recently posted…SERVIS
sejuk tu ada kalau datang time musim sejuk hahahaha
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
bro patut bagi entry ni menang kontes dia. ekekekeke
haha kalau la menang 😛
Uncle Zuan recently posted…14 Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Anda Ke Perth
tu namanya iman selalu ada.. hanyu pun takut nak kacau. hencem sgt abam2 sado ni.. hahaha
nurmisnan recently posted…Seminar Facebook percuma
haha tak sado, tapi buncit 😀
Uncle Zuan recently posted…14 Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Anda Ke Perth
Erkk nampak cam seram ja, konpem tak berani tidoq sorang sorang
haha jangan buat pasal tidur sorang sorang kat sini
Uncle Zuan recently posted…14 Perkara Yang Anda Boleh Buat Kalau Anda Ke Perth
okeh la.
aku ada banyak cite seram.
tapi yang ni, tak tahu lagi. sebab semua yang aku alami, berlaku kat malaysia.
haha
titan recently posted…Volkswagen Kuning yang SERAM
kongsi satu kat sini. mana tau ramai tak boleh tidur malam nanti hehe
Uncle Zuan recently posted…14 Perkara Yang Anda Perlu Buat Kalau Anda Ke Perth
Ruangan dapur cottage tu nampak creepy la pulak. Macam CCTV dalam filem2 seram. haha
haha dari sudut tu lain macam kan view dia.
tak pandai nak edit gambar bagi seram. tona je kasi kurang haha
Uncle Zuan recently posted…14 Perkara Yang Anda Perlu Buat Kalau Anda Ke Perth