Sepetang di Kuala Klawang
Kalau korang mandi manda di Jeram Toi, boleh singgah sekali pekan Kuala Klawang. Kuala Klawang adalah sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan yang terletak di dalam kawasan parlimen Jelebu.
Apa ada di Kuala Klawang sampai uncle tulis satu entri mengenai bandar Kuala Klawang? Sebenarnya Uncle baru je pertama kali singgah sini lepas mandi Jeram Toi tempoh hari. Tanpa apa-apa maklumat pasal Kuala Klawang, uncle dan buddies uncle cuba explore Kuala Klawang dengan hanya berjalan kaki.
Pada uncle bandar Kuala Klawang menarik untuk di kunjungi sebab ia ada Muzium Adat yang agak popular dan ia merupakan sebuah bandar yang kecil tapi lengkap dengan beberapa kelengkapan asas. Mari uncle bawa korang berjalan sepetang di Kuala Klawang.
Muzium Adat semestinya menjadi tarikkan utama di pekan Kuala Klawang. Muzium Adat terletak di Jalan Dato’ Umbi iaitu berhadapan dengan Stadium Majlis Daerah Jelebu.
Ia di rasmikan pada Febuari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan.
Muzium Adat mengkhususkan kehidupan adat masyarakat Malaysia dan ia terbahagi kepada 4 geleri utama yang di bahagikan pada 4 aras (atau tingkat bangunan).
Muzum Adat dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang (hanya tutup pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha) dan masuk adalah PERCUMA.
Dataran Klawang terletak berhadapan dengan bangunana Mahkamah Majistret Jelebu.
Masjid Jamek Kuala Klawang terletak di tengah pekan Kuala Klawang di atas bukit yang telah di bina pada tahun 1965.
Baru Peringatan Inggeris / Kuala Klawang Memorial terletak di Bukit Undang dengan Masjid Jamek. Memorial ini terletak di puncak Bukit Undang. Tak perlu risau, tiada pendakian di perlukan sebab ada tangga di sediakan untuk anda.
Malangnya kawasan Memorial tidak lagi terjaga. Ada banyak daun daun kering yang tidak di bersihkan, ada juga tangki air lama yang telah kehijauan warnanya. Kalau di jaga kawasan ini, pasti jadi tumpuan yang menarik sebab dari atas kawasan Bukit Undang ni boleh tengok tengok pekan Kuala Klawang dengan jelas.
Ok, bila dah penat berjalan, perut pun lapar. Mungkin timing uncle datang sini tak kena, kelihatan tak banyak kedia makan yang di buka. Jadi apa yang kami jumpa adalah gerai kecil yang ada jual Pisang Goreng Cheese. Sedap wei Pisang Goreng Cheese yang di jual di sini, berbaloi cuba.
Aktiviti berjalan-jalan di bandar Kuala Klawang agak santai di lakukan uncle dan buddies uncle. Kalau ada free time, datang la singgah ke Kuala Klawang, sambil-sambil tu boleh mandi manda di Jeram Toi.
Nota kaki: Maaf la uncle macam kurang update blog pada bulan lepas dan bulan ini. Uncle akan cuba up entri setiap 2-3 hari selepas ini.
11,312 total views, 1 views today
About Author
Uncle Zuan
Seorang 'hantu burger' yang mula menulis blog sejak tahun 2009 dan telah menggunakan nickname 'Uncle Zuan' dalam dunia social media. Banyak berkongsi pengalaman travel, gaya hidup dan pendapat peribadi kepada pembaca.
Tak pernah lagi ke situ. Dengar nama Pisang Goreng Cheese lapar la pula xD
banyak juga ya tempat-tempat menarik di N9 ni….baru sekali ja jejak kaki di N9….ada peluang boleh teroka lagi tempat menarik di N9…
jawatan kosong recently posted…Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn November 2015
negeri orang kita sibuk nak pergi, padahal negeri kita tak habis kita teroka. hehe inshaAllah di masa akan datang banyak lagi tempat menarik di negeri sembilan akan uncle kongsikan di blog uncle zuan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tarikkan di PD Ostrich & Pets Show Farm
tak pernah lagi sampai ke sini…
kisah si dairy recently posted…Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By CikTulip
boleh la datang singgah nanti
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
Tak pernah lalu Kuala Klawang, hanya dengar cerita dari suami MV ja, yang dia selalu lalu sana kalau balik ke Kuala Pilah dulu
Noriza Rahman recently posted…Vitamin C Untuk Mencerahkan Kulit – Lebih Baik Daripada Glutathione?
ow yeke. saya ni pun pertama kali lalu. kebetulan ke jeram toi tempoh hari
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
suka kalau dapat singgah ke mana2 nak tempat yang bersejarah.saya suka tu
suri recently posted…Azab Pengalaman Dan Penawar Gigi Geraham a.k.a Gigi Bongsu Semasa Kehamilan Berpantang
haaaa boleh la datang singgah kuala klawang 🙂
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
Haha..dah 3 tahun menetap di Kuala Klawang ni.Tak jam mcm kat kl..cuma jem masa raya sebab orang lalu situ balik kg.kalau sekali sekala mai sini memang best tapi kalau duduk sini..memang tepu kepala..kena keluar gi seremban jalan-jalan.Kalau singgah, boleh la contact saya untuk rasa Delima madu Aininur yang sedap dan best
Faizul Ali recently posted…Produk Delima Madu Aininur
cantik. inshaAllah boleh singgah sana lagi dan rasa delima madu 🙂
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
uncle dh boleh jadi duta n.sembilan dah ni..bnyk dh tempat2 menarik kt sana yg dikongsikan ekekeke..
Pinky Momma recently posted…Dutch Lady: Nak Menang RM500,000 dengan mudah?
harapan uncle macam tu la. ada ke yang nak sponsor ek? hehe
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
saya pernah kayuh basikal dari genting sempah sampai ke kuala kelawang, mencabar sungguh!
Ikhwan recently posted…Peperiksaan Online Penguasa Kastam
pergh! hebat tu. kalau uncle, memang tak la nak kayuh basikal..
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
Belum pernah lagi sampai ke sini… nampak menarik.. bila2 nanti kalau sampai ke Negeri Sembilan mungkin boleh singgah. . 😉
anuar recently posted…Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
kalau datang negeri sembilan, mohon datang rujuk semula blog uncle zuan. banyak lagi akan di kongsi masa akan datang 😉
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
lawa gambar, guna gopro ke bro?
Adib Site recently posted…Contest Review Lynk.My 2015
aah pakai kamera gopro
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
Boleh tahan trikan kat klawang ni..
Jie susanos recently posted…Senaman Urut Tapak Kaki
yup, not bad la. saya sangat tertarik dengan memorial tu 🙂
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
cantik juga bandar kuala klawamng nie..
Hero Borneo recently posted…Dua Petua Untuk Confirm Berjaya
saya yang pertama kali sampai pun rasa kagum dengan bandar kuala klawang ni. kecik je bandar dia
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
masih banyak bangunan lama
Raihanah Ahmad recently posted…Contest Review Lynk.my 2015
ya betul. itu yang menjadikan kuala klawang ni menarik pada saya 🙂
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi
Rajin hang pg jalan2x kat tempat hang. 😀 Bila nak ajak aku g jalan2x sana. hahaa
Bahrain recently posted…Ada Gaji Tapi Tak Pernah Cukup Untuk Sebulan?
sebelum ke tempat orang, baik khatam tempat sendiri dulu hehehe
mai la sini, aku bawak pusing-pusing 😀
Uncle Zuan recently posted…Sepetang di Kuala Klawang
kampung tuan ke ni, baru tahu
Raihanah Ahmad recently posted…Best Sangat Ke Jadi Pengedar Shaklee
eh bukan la, saya duduk di senawang, tapi saya suka jalan jalan. sekarang aim nak habis pusing negeri sembilan dan kongsikan kepada semua pembaca blog saya 🙂
Uncle Zuan recently posted…Hutan Lipur Jeram Toi