Sanggup Merayu Mintak Cuti Dengan Boss Demi Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015

Share

sepetang-bersama-blogger-2015-webbanner1

Poyo kan tajuk dia? Hehe tapi tu hakikatnya. Selama lebih 2 minggu memujuk boss uncle untuk bagi kelepasan untuk hadirkan diri ke Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015. Boss uncle memang susah nak bagi pelepasan terutama kepada pekerja yang rajin lagi berdedikasi macam uncle hehe. Alhamdulillah, uncle dapat pelepasan, tapi dengan syarat uncle siapkan beberapa tugas yang pada uncle easy do be done lahhh! Hehe demi blogger event yang muncul setahun sekali ni, sedikit pengorbanan perlu la dilakukan betul?

Kali pertama uncle hadirkan diri event Sepetang Bersama Blogger adalah pada tahun 2013. Itu blogger event ke 2 anjuran Denaihati Network kalau tak silap uncle. Waktu tu uncle masih lagi pakai Blogspot dengan menggunakan nama Saiazuan Blog.  Selepas event tu, terus uncle tukar ke Uncle Zuan. Nampak impak dia? Tak nampak? Ekau kena pakai cermin mata macam ni.

Waktu tu juga pertama kali uncle berjuma dengan blogger retis seperti Abang EnsemBro Framestone, Rayyan Haries, Nisa Kay, Encik Titan dan ramai lagi. Macam yang semua sedia maklum, uncle ni pemalu, jadi takde la berselfie dengan diorang. Jadi tahun ni, uncle takkan lepaskan peluang ber-selfie dengan diorang menggunakan kamera GoPro uncle.

aturcara-majlis

Bila uncle tengok balik aturcara majlis yang ada kat laman sesawang rasmi #SBBYEOS2015 ni, uncle makin excited untuk hadirkan diri. Mana tak nye, ini kali pertama #SBBYeos2015 ada Treasure Hunt event! Waktu ni la korang boleh tengok betapa hebatnya para blogger bila tidak berada di depan laptop mereka.

Selain daripada tu, sharing session tu tak boleh di lupakan. Ketika ni la korang boleh dengar sendiri dari mulut panel yang hadir kisah di sebalik kejayaan mereka harini. Siapa panel yang hadir? Jeng jeng jeng, kena datang la kalau nak tau 😀

 

Setakat ni nampak tak sebab-sebab korang tak boleh terlepas event besar macam ni? Tak nampak lagi? Ok, minat kamera GoPro yang macam uncle guna? Korang tau tak yang korang boleh menang kamera GoPro sama model macam yang uncle pakai?

Macam mana nak menang uncle???

Tak cukup kuat la suara korang, ce jerit kuat kuat sikit kasi gegar laptop uncle.

Hehe meh uncle tunjuk macam mana,

poster-sitkom-contest-yeos-2015

Boleh rujuk kat sini untuk maklumat lanjut. Uncle percaya Boni Kacak dah siapkan rakaman video beliau, cepat perah idea korang yang genius tu sebab contest ni tutup 10 Jun 2015.  😉

 

Ok la, uncle tak nak cerita banyak sangat sebab nak pi gym sadokan diri demi nampak sado di #SBBYeos2015.

Nota kaki: Uncle dengar, mungkin SBB kalini adalah SBB yang terakhir. Jadi daftar cepat-cepat sebelum pintu pendaftaran di tutup.

Share
Comments
  1. Mek ila Jual Vitamin
  2. reezluv
  3. Dkna Abza
  4. Hafiz Rahim
  5. Hairul Azni
  6. sensasi2020
  7. akubiomed
  8. musadun
  9. Murni Mohd Yusof
  10. Khairul Zamri
  11. Hanafi Abdullah
  12. Jia Rizaira
  13. titan
  14. Time Traveller
  15. zool
  16. kak yatiadam
  17. Jie Susanos
  18. anuar
  19. Noriza Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge