Sentiasa Jujur – Pengalaman Pertama Kali Interview

Share

“Jangan jujur sangat dengan apa yang kau ada, yang penting dapat kerja.”

Kata-kata seorang kawan aku sebagai tips untuk hadapi temuduga. Pada pandangan aku, ada kesilapan dari tips yang diberikan. “Jangan jujur sangat“, bermakna kena sedikit ‘mengencing‘ untuk dapatkan kerja. Tips yang diberi seperti tidak di kira pula keberkatan (dan halal haram) gaji yang diperoleh di masa hadapan.

Jadi aku tapis tips tersebut. Pada aku lebih baik tak dapat kerja dari menipu untuk dapat kerja. Bila dah dapat kerja, boleh la bayar duit PTPTN dengan senang hati kan?

Pengalaman kali pertama di ditemuduga:

Job_interview_door

Selalunya orang akan gementar di kali pertama di temuduga. Alhamdulillah, gementar seperti tiada diketika itu. Mungkin berkat bulan ramadhan, hari pertama aku ditemuduga adalah pada 1 Ramadhan. Jadi berpuasa pada hari interview mungkin adalah satu solusi yang baik untuk mengurangkan gementar selain dari berzikir dan tarik nafas dalam-dalam. Ada gemetar sedikit tak apa, tapi jangan terlalu gementar sehingga menyukarkan kita untuk berfikir dengan baik. Aku rasa gementar akad nikah je aku tak rasa lagi hehe…

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Pada yang rasa english mereka terlalu banyak grammar error, ketepikan kekurangan tersebut untuk seketika ketika ditemuduga. Pada pandangan aku mengikut pengalaman apa yang mereka nak adalah keyakinan kita berkata-kata, bukan ayat Sherlock Holmes dari mulut kita. Cakap sahaja dengan spontan dengan penuh rasa hormat seperti sedang bersembang dengan orang tua kita. Jangan terlalu malu dengan kekurangan kita sehingga ia boleh merendahkan kita.

Tahu tugas untuk jawatan yang diinginkan. Ini sangat penting, anda tak boleh jadi kaptain sebuah kapal sekiranya tak tahu apa tugas seorang kaptain. Jadi sebelum di tempat temuduga, google segala info mengenai jawatan tersebut. Dapatkan sebanyak info yang boleh, jadi seorang yang hunger for knowledge.

timemachine

Bermotivasi tinggi. Pernah ditanyakan soalan “Bagaimana anda motivasikan diri kalau anda demoralized disebabkan tension dengan kerja yang diberikan?“; ia membuat aku berfikir sejenak di dalam bilik temuduga sebelum memberikan jawapan yang memuaskan kepada penemuduga. Setiap orang ada cara masing masing untuk motivasikan diri. Salah satu cara yang biasa aku lakukan adalah dengan membaca buku-buku bergenre self help seperti ‘Who Moved My Cheese?‘ selain dari dapatkan quotes di internet dan berjalan seketika di luar ruangan kerna. Ia membuatkan kita ingat kembali tujuan kita, ia mampu mengingatkan kita yang ………………………….

Jadi seorang yang jujur dalam vision (visionary). Sekiranya ditanyakan mengenai apa matlamat jangkamasa panjang kita di dalam company yang kita ingin bekerja, jawab dengan jujur dalam apa sahaja yang anda bayangkan. Dalam situasi begini, berkhayal mungkin amat diperlukan. Biasanya company memerlukan seorang yang visionary, bukan hanya ingin bekerja makan gaji.

Jujur pada keinginan gaji. Jika ditanyakan bagaimana tahap gaji yang diinginkan, cuba letakkan diri kita seorang yang berharga. Secara jujurnya apabila aku ditanya mengenai gaji yang diharapkan, aku sebut gaji yang di inginkan adalah RM5k, tetapi ditertawa kecil oleh si penemuduga dan menyatakan yang jumlah itu agak kecil sebenarnya. Jadi tinggikan tahap gaji anda. Demand itu kadang perlu, untuk memastikan majikan kita tahu yang kita boleh bekerja.

Dan secara konklusi, tips ketika ditemuduga adalah, sentiasa jadi diri kita, sentiasa bersikap jujur,  sentiasa ingat motif sebenar kita bekerja dan sentiasa ingat siapa pencipta kita. Any tips nak ditambah atau dikongsi?

 

kredit gambar: redstarresume.comacetheinterview.com

Zuan

Share
Comments
  1. shue
    • Uncle Zuan
  2. rozuan
    • Zuan
  3. zati92
    • Zuan
  4. Syuhada Syada
  5. Syuhada Syada
    • Zuan
  6. kakiblog
    • Zuan
  7. suriaamanda
    • Zuan
  8. hafiz hafizol
  9. schaze zainn
    • Zuan
  10. wazy
    • Zuan
      • wazy
        • Zuan
  11. Denaihati
    • Zuan
  12. akubiomed
    • Zuan
      • akubiomed
        • Zuan
  13. Khairul Zamri
  14. Mohd Helmi Ahmad
  15. JMR
  16. drInspirasi
  17. Juan
  18. encikarman
  19. ema
  20. Cik Yaya
  21. ✿puan yien✿
  22. Fyzal
  23. Mohd Shubhi
  24. Fyzal
  25. daddydee
  26. fyna
  27. hafizrahim
  28. boni ultra kacak
  29. titan
  30. anuar
  31. Cikgu Hairul
  32. Irwan Alessa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge