Langkah-Langkah Yang Boleh Menjimatkan Penggunaan Minyak Dalam Kehidupan Seharian Anda.
Di suatu malam yang dingin.. Uncle baru pulang dari tempat kerja.. Baru tiba di Senawang setelah hampir 1 jam setengah di dalam komuter.. Uncle menggigil di atas motor, kesejukkan.. Jam menunjukkan hampir 5 minit nak ke pukul 9 malam..
Sedang uncle ‘merempit’ di atas Skuter kesayangan, pandangan uncle tertumpu pada stesen minyak berbentuk ‘cengkerang’. Hairan di minda kerana melihat banyak kereta que untuk mengisi minyak. Uncle hairan. Tertanya tanya adakah malam ini diberikan diskaun jika mengisi minyak, atau ada ‘stesen minyak terbuka’ yang mana minyak diberikan secara percuma. Tapi aku terus berlalu tanpa berhenti bertanya khabar, masakan ibuku memanggil di rumah.
Keesokkan hari, uncle ke tempat kerja seperti biasa. Uncle membaca The Sun, risalah akhbar yang diberikan secara percuma di KL Central sementara menunggu LRT untuk ke Kerinchi. Mata uncle teralih pada tajuk harga minyak telah naik sebanyak 20 sen! Baru uncle tahu sebab banyak kerta que pada malam semalam.
Uncle hanya tersenyum membaca berita tersebut. Uncle sudah duga perkara ini akan berlaku. Dan uncle dah praktikkan beberapa bulan untuk atasi masalah seperti ini.
Berikut adalah langkah yang aku ambil untuk menjimatkan penggunaan minyak di dalam kehidupan seharian:
- Gunakan motosikal. Aku bukan fanboy racecar atau kereta harimau, jadi aku hanya menggunakan skuter untuk ke stesen komuter, yang mana merupakan langkah ke 3 aku untuk menjimatkan penggunakan minyak.
- Mulakan hari dengan bismillah, senyuman, yang membawa kepada positive attitude. Hati menjadi tenang, tak marah marah, isi minyak di stesen minyak pun boleh dalam keadaan senyum walaupun kena bayar lebih.
- Uncle adalah pengguna public transport yang tegar. Selagi boleh jimat, uncle akan naik public transport seperti komuter (lagi jimat kalau pakai kad komuter 1malaysia). Pernah kawan aku tanya, “macam mana boleh survive naik ktm setiap hari?“, jawapan aku senang, sentiasa fikir tentang penjimatan yang boleh kita dapat; dan apa susah, baca je buku dalam train kalau bosan sangat, tak rasa membuang masa disamping dapat tambah pengetahuan.
Uncle dah share 3 langkah mudah jika ingin jimatkan penggunaan minyak pada yang bekerja. Langkah seterusnya adalah langkah kiri, iaitu tumpang kawan ke tempat kerja dengan muka selamber tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa nak bagi satu sen pun dekat dia. Walaubagaimanapun, langkah ini adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan silaturrahim.
Sebagai konklusi, kenaikkan harga minyak ni haruslah diterima dengan positif. Walaupun kita rasa ia satu yang membebankan, tapi dalam masa yang sama, ia mengalakkan kita untuk tidak terlalu bergantung pada subsidi (memberi lebih baik ke menerima lagi baik? Fikir-fikirkan) dan dalam masa yang sama mengalakkan kita untuk berfikir bagi mencari alternatif lebih baik untuk menjimatkan penggunaan minyak.
Pada uncle , kenaikkan harga minyak ni bagus, sebab apa? Lepas ni kurang la jem sebab orang dah kurang bawa kereta
Setuju dekat zuan.. Mlm tu pun sy tak tau yg minyak naik esok hari.. Terkejut berpusu2.. Bukak twitter baru tau, trus isik jugak haha…
Huhu.. Kat sini xda ktm or kretapi.. Kalo tak sy mmg suka pakai..rajin bjalan..
hehe pindah la kl.. 😛
kenaikan harga minyak ada hikmahnya..
kakiblog recently posted…Review Blog : encikarman.com
setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya 🙂
walaupun ada komuter mahupun lrt ke KL sentral..nak bertapak kaki menaiki bukit menuju ke pejabat tak terdaya…hehehehe
ema recently posted…Pegang kejap jer….
huhu senaman sikit kak 😀
Zuan recently posted…Hijra Timepiece Mix & Match Watch – Jam Pusingan Tawaf
Bagus idea2 ni tapi akak tak dpt nak guna pakai skrg. Akak tak reti bawak motor ler, dik 😀 Kalau akak naik public transport, mmg anak kena balik rumah jalan kaki lah nmpknya (jimat wang juga nih) Akak tak gila meroyan masa harga minyak naik tapi tulah pasal, bila minyak naik, lain2 pun ikut bergendang sama tu yg tak syok tu …
mummydearie recently posted…Hidup ini dugaan…
bagus juga jalan kaki, tapi pastikan jalan yang akak lalu tu selamat ya 🙂
fuhh..da lama x komen kat BUZ ni…tp entry2 zuan still dibaca..
sokong…lagipun guna public transport dpt kurangkan pollution…
#mmg nk cari la buku who moved my cheese tu..mcm kena kat batang idung sndiri..ssh nk trime prbhn…anwy tq for the sharing =)
thanks 🙂
yes, patut dapatkan buku tu, sangat berbaloi 😀
Naik public transport pun ok maaaaa. Memang jimat berganda2 tuh. Syabas zuan!
Mak lagenda recently posted…IDEA MENGHIAS TOILET
betul tu mak, jimat sungguh 😀
Zuan recently posted…Hijra Timepiece Mix & Match Watch – Jam Pusingan Tawaf
terasa siot, biasa isi full tank rm85, semalan full tank rm98..hoho
encikarman recently posted…Android Kit Kat dan kaitannya dengan Google dan Nestle
hehe bro dah kena dapatkan kad kredit yang bagi rebate, ada yang bagi rebate sehingga 5%.. sangat berbaloi kalau dapat guna 🙂
minyak harga naik 20sen x kisah sgt cuma brg2 lain turut naik tu yg x syok
masing2 tunggu alasan utk menaikkan harga barang 🙂
Sop recently posted…Auni seketika di Festival City
masing2 takut rugi bang.. saya tak kisah kalau harga naik tapi kualiti makanan tu kena la bagus juga, ni harga mahal, tapi tak sedap, servis teruk…
Zuan recently posted…Hijra Timepiece Mix & Match Watch – Jam Pusingan Tawaf
pengangkutan awam dan basikal menjadi pilihan utama la sekarang ni,boleh jimat sikit
wazy recently posted…Kisah 2 Tin 100 Plus
hehe den dah lama tak kayuh basikal ni. ayuh 😀
Zuan recently posted…Hijra Timepiece Mix & Match Watch – Jam Pusingan Tawaf
saya pun pengguna skuter ! tapi tak tegar pada public transport..sebab puncak alam ni susah gila nak dapat public transport,huhu….
hehe yeahh, same club.. lepasni boleh buat kelab skuter..hehe
Jom beli basikal ramai2 kita naik basikal lak hehe
Khairul Zamri recently posted…Ahad Untuk Berehat
hehe jom.. dah lama tak kayuh basikal 😀
dah sampai masanya kita kembalik kepada yang basic. bergerak dengan kenderaan awam… dah lama tak naik bas…
saljuhumairah recently posted…Pelakon Terkenal Maimon Mutalib Meninggal Dunia
Saya selagi boleh jimat, saya sanggup naik public 😀
Emm naik pengankutan awam lah jawab nya..hehe..
Hafizul recently posted…Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – Bali
not bad lor naik public 😀
Masalah public transport ni cuma takut lewat je pegi keja. Dibuatnya bas rosak masa tu, tak pepasal kena marah dengan bos
iqbal recently posted…Kesan Harga Minyak Naik
hehe naik kereta pun sama bro, kalau rosak, lagi tak pasal2 amek EL 🙂
Antara persoalan yang selalu bermain dimindaku ini adalah negara kita adalah pengeluar minyak. Kenapa minyak menjadi terlalu mahal?
itu kena tanya pihak yang lebih arif tentang ekonomi.. kita bukan pakar ekonomi, kita juga bukan penganalisis ekonomi, jadi kita tak tau apa sebenarnya yang jadi sampai harga minyak menjadi mahal..
Isu minyak naik harga ni memang isu panas…aq geleng kepala je masa malam sebelum minyak naik harga tu…stesen minyak macam buat rumah terbuka…tak kira la kereta Honda, Toyota..Proton, Perodua…kalau isi full tank pun tahan berapa hari sangat sebelum minyak naik tu..lain la kalau isi full tank, letak kat rumah je..guna bila perlu…
Kalau da namanya kerja kat area KL, aq takkan buang masa nak naik kereta…buat apa? Banyak cara boleh jimat..da dorang yg pilih nak guna kereta walaupun tahu KL tu memang jammed je memanjang…terima la..minyak habis tersangkut kat jammed je…lagi satu, banyak buang masa…dan buat semak jalan pagi2…Kalau naik kereta confirm minyak kereta cecah RM500-RM600 sebulan..bayangkan kalau naik motor..sebulan kadang2 tu RM60 pun tak sampai…kan banyak penjimatan kat situ…
Kalau macam kau, pengguna ktm tegar..ada kad diskaun tu..tu da jimat kat situ…guna motor pergi balik ke stesen ktm kan…? Yang bahaskan isu minyak aq tengok byk yang terlalu emosi sampai bahasa pun da macam apa da…orang kita da terlalu dimanjakan dengan subsidi…bila subsidi dikurangkan..mula la tak boleh duduk diam…baru ditarik sikit nikmat tu..cuba la bayangkan kalau org kita ni takde bantuan subsidi satu sen pun…takde subsidi beras, tepung, tong gas..lagi la menggelupur aq rasa…belanja semua guna duit sendiri…hurm..entah la…fikir2 la sendiri…
P.S – Opss..sory zuan..tertaip panjang pulak…hee
diorng terlalu emosi mungkin sebab nak pakai kereta mahal mahal.. lagipun dalam malaysia ni, kena sentiasa bersedia untuk ke ‘cheese’ yang baru.. sentiasa!
hehe ni komen panjang sgt sebab geram den dah seminggu tak update blog ke
biar la dorang…kereta mahal2 pun kalau duduk bandar macam kl pergi dan balik kerja tersangkut jugak dalam jammed…menyusahkan orang lain dan menyusahkan diri sendiri…taste tinggi kan…nak naik kereta je…huhu…kat office aq engineer pangkat Ir. pun selamba je naik motor pergi kerja..takde hal apa pun…ke dorang segan nak pergi kerja naik motor ataupun naik pengangkutan awam ni bagi yang bergaji besar ni…huhu
P.S – haha…mungkin la kot..kalau lagi lama ko tak update..mungkin lagi panjang aq komen sampai boleh buat satu entri kot..haha
Ezad Skytech recently posted…Di Sebalik Pintu Lif
hehe masalah untuk update ni mungkin akan berlaku untuk seketika je.. bila aku dah dapat phone yang power nanti, rajin la aku update.hehe
Zuan recently posted…Hijra Timepiece Mix & Match Watch – Jam Pusingan Tawaf
Cari ruang komen tak jumpa da… Park komen sini pun kira bolehlah ya En. Zuan? Takmo panggil Uncle sebab awak muda dari akak. Hehe…
Ini kisah 2013 kan? Sebenarnya tahun 2015 ni, di Thailand jauh lebih mahal dari harga minyak di negara kita. Tapi buat apa lah kita nak pening² kepala kan…? Kita masih diberi akal dan fikiran untuk mencari alternatif lain dalam mengatasi harga minyak yang memang akan sentiasa naik ni. Banyak kaedahnya… Cara macam Zuan tulis pun ok. Kaedah lain, carilah sesuatu yang nabi dah kata, 9/10 rezki adalah dari dunia perniagaan. So, lapangkan pintu rezki sendiri… Usah terlalu beralasan. Bukalah minda, berilah peluang. Banyak… Kejayaan tidak akan bergolek jika kita banyak merungut ^__^
ieta mat saad recently posted…BURGER DAN OBLONG BIG BOSS BURGER
alhamdulillah, ramai yang buka mata dalam hal business ni harini.
Kesannnay sementara sahaja, bila dah sesuaikan diri kembali pada asal…membazir dan membazir
Mohd Shubhi recently posted…Bagaimana atasi rasa kecewa
Dah buat posting untuk jimat minyak. Baca kalau ada kereta !
Mohd Shubhi recently posted…5 langkah jimat minyak kereta
saya tak pakai kereta, tapi mesti baca dan mesti share dengan semua pengguna kereta 🙂
rasa macam susah sebab kita mungkin tak sedia untuk ubah
Naik motor dan LRT ternyata dapat menjimatkan kos pengangkutan ke tempat kerja di samping dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. . Tapi dekat Sabak Bernam ni tiada kemudahan tersebut. ..
anuar recently posted…Antara Konvensyen Usahawan Muslim 2013 dan Program Didik Berita Harian?
ia efficient untuk bandar je bro.. tapi rasanya sabak bernam ok je kan trafik dia