Senang Bayar Parking Kereta Dengan Flexi Parking Apps

Share

Leceh bila nak parking je, nak kena cari ada kupon. Kadang nak cari agen jual kupon pun susah. Haritu kawan uncle kongsi kat uncle yang dia guna Flexi Parking apps. Tak payah nak ‘gores dan menang‘ lagi kupon parking tu.

Menarik juga la applikasi ni, dia cover area Majlis Perbandaran Kajang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang, dan Majlis Perbandaran Sepang.

Macam mana nak pakai apps parking ni? Mudah je, uncle kongsi 5 langkah mudah nak guna apps ni.

1. Download apps Flexi Parking. Pastikan logo dan nama dia sama sebelum install dalam phone anda.
2. Daftar maklumat anda. Pastikan semua maklumat anda tepat. Kemudian register untuk lengkapkan pendaftaran. Dan selesai je, terus login.
3. Kemudian anda perlu masukkan nombor plat kereta anda.
Anda boleh masukkan sehingga 6 nombor plat kereta.
4. Top up kredit dengan reload credit terlebih dahulu. Ada banyak selesi reload yang anda boleh pilih. Pembelian top up boleh dilakukan dengan perbankan internet. Mudah kan?
5. Akhir sekali, pilih council anda, dan bayar ikut per jam. Dicadangkan ambil la 1 jam terlebih dahulu. Sebab nanti bila masa dah nak habis, anda akan dapat notification. Jadi on the spot boleh tambah masa terus.

Menarik kan? Boleh la download applikasi ini di Android Play Store atau Apple App Store. Uncle pun baru je cuba. Setakat ni, memuaskan. Tak payah nak lari ke kereta lagi untuk gores kupon.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge