Seharian Lawatan ke Mekong Delta, Vietnam

Share

Kalau anda pertama kali ke Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam, Mekong Delta adalah tempat yang mesti di luangkang sekuang-kurangnya sehari untuk lawatan. Uncle dan travel buddies ke Mekong River pada hari ke-2 kami di HCMC.

Untuk entri kali ini, uncle nak ‘belanja‘ korang lawatan ke Mekong Delta. (entri ini ada banyak gambar)

Seharian di Mekong Delta

Ikut dari jadual ke Mekong Delta, kami di ambil dari Mifuki Inn seawal jam 7.45 pagi. Dan bertolak bersama dengan pelancong lain pada pukul 8.30 pagi ke jeti di My Tho. Perjalanan ke jeti mengambil masa 1 jam 30 minit dari Bandar Ho Chi Minh.

mekong delta tours island

Tiba sahaja di jeti, kami di beri taklimat secara ringkas oleh tour guide kami mengenai pulau-pulau yang bakal kami lawati di Mekong Delta. Tour guide kami agak mahir dalam berbahasa inggeris.

mekong delta tour hcmc

Kami menaiki boat untuk ke pulau pertama yang berada di Mekong Delta. Perjalanan dari jeti ke pulau pertama mengambil masa hampir 1 jam.

mekong delta ho chi minh city

Walaupun perjalanan memakan masa selama hampir sejam. Ia tidak lah membosankan uncle sebab uncle teruja menikmati pemandangan pulau pulau yang berada di sekeliling kawasan Mekong Delta.

mekong delta boat tour

Awek uncle dari Itali yang duduk di sebelah uncle sedang merajuk dengan uncle. Jadi abaikan dia untuk seketika, sekejap lagi okay la tu….

mekong river ho chi minh tour

Kelihatan pelancong yang tiba sebelum kami sedang menaiki sampan. Kami pun melambai lambai kearah mereka.

Kami di fahamkan ada pelbagai jenis perkhidmatan tour yang di sediakan. Jadi pilihlah pakej ikut daripada budget asal anda. Jangan over budget pula ya. Pakej yang kami ambil adalah pada harga 315,000 dong.

fruit island mekong delta

Kami tiba di pulau pertama di Mekong Delta. Maaf, uncle terlupa nama pulau ini, tak fokus waktu di beritahu nama pulau sebab lapar.

Di pulau ini kami di hidangkan dengan makanan tengah hari. Tak banyak yang nak di lihat di pulau yang pertama ini kerana ia adalah untuk singgah makan sahaja.

mekong delta tour vege food

Memandangkan kami tidak ambil travel pakej Muslim tour (sebab sedikit mahal, dan melebihi bajet kami) kami hanya meminta nasi dan sayur sahaja untuk makan tengah hari. Janji dapat alas perut sudah la kan?

mekong delta sugar cane drink

Basahkan tekak dengan Pamelo Sugarcane. Sangat sedap air ni. Setakat ni uncle tak jumpa ada di jual di Malaysia. Kalau ada sila bagitau ya, uncle teringin nak rasa lagi.

mekong delta island coconut factory

Seterusnya kami ke pulau ke-2 di Mekong Delta yang dikenali sebagai Coconut Island. Menyaksikan bagaimana rakyat tempatan membuat ‘Coconut Candy’. Kena cuba rasa coconut candy ni, sebab sekali cuba, mesti anda akan teringat sesuatu yang ada di jual di Malaysia hehe.

mekong river coconut island factory

Pulau ini adalah kilang memproses makanan dan apa sahaja yang berasaskan kelapa. Apa-apa yang boleh di buat daripada kelapa, diorang akan buat.

mekong delta people handmade

Antara hasil kraf tangan yang di jual. Semua sangat berkualiti. Uncle hanya mampu melihat sahaja sebab tiada budget untuk membelinya.

mekong delta river snake

Ok, tiba masa untuk uncle membuat persembahan tarian ular di hadapan pelancong lain. Hebat bukan?

Hehe sebenarnya, uncle di beri peluang untuk memegang ular sawa. Uncle memberanikan diri sebab di khabarkan ular ini baru sahaja makan seekor kambing.

mekong river island ride boat

Masa untuk naik sampan. Satu sampan boleh memuatkan 4-5 orang penunpang temasuk pendayung.

Oh ya, sila sediakan tips ya untuk pendayung sampan ini. Tak banyak pun tak apa, janji bagi sedikit kepada mereka sebab pemberian tips ni suatu yang normal di Vietnam.

mekong river boat

Belanje selfie dengan pendayung sampan kami. Nice hat la auntie hehe…

mekong river row boat

Sebab banyak sangat ambil gambar, giliran uncle pula untuk mendayung sampan. Penat sebenarnya dayung sampan, jadi jangan pandang rendah dengan tugas pendayung sampan. Satu pengalaman yang uncle takkan lupakan untuk lawatan ini.

mekong delta island tour

Pulau terkahir yang kami lawat yang di kenali sebagai Fruit Island, ada Bee Farm di sini, kami menyaksikan bagaimana pembuatan madu dari lebah.

Tengok pakcik tu, slumber dia je pegang lebah.

Menurut travel guide kami, beliau setiap hari ambil madu, ia adalah rahsia awet muda katanya. Jadi siapa yang rasa nak miliki kulit muda seperti kami (termasuk uncle la ye) kena setiap pagi minum air madu.

mekong delta honey

Seperti yang semua sedia maklum, madu sangat kaya dengan khasiat. Uncle dan pelancong lain berpeluang merasa madu asli yang di campur dengan teh dan limau. Memang sedap! Satu cawan tak cukup.

mekong delta pulau makan buah

Dan kami juga di hidangkan buah-buahan segar yang di tanam di pulau ini. Ada dragon fruit, pisang, tembikai, betik dan nenas.

mekong delta island tour

Sambil melayan air madu dan buah-buahan, kami di persembahkan dengan musik tradisional Vietnam yang di panggil “don ca tai tu“.

mekong river village tour

Ok, habis sudah lawatan sehari kami ke pulau-pulau yang berada di sekitar Mekong Delta. Masa untuk balik ke HCMC untuk shopping di Night Market pula hehe.

Pengalaman seharian melawat kepulauan sekitar Mekong Delta sangat memuaskan hati dan memberi pengalaman bermakna, terutamanya ketika mendayung sampan. Kalau tak dapat ambil pakej yang penuh untuk lawatan pun tak apa, janji dapat rasa sendiri bagaimana kehidupan rakyat Vietnam yang tinggal di luar bandar. Ia suatu pengalaman yang bernilai yang uncle tak sabar untuk sesana lagi suatu hari nanti untuk bawa keluarga uncle melihat dengan mata mereka pula.

Akhir sekali, terima kasih atas perkidmatan yang diberikan oleh TNK Travel sepanjang lawatan kami ke Mekong Delta & Cu Chi Tunnel 🙂



4,568 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. Raja bad
  2. Melancong murah baloi
  3. Noriza Rahman
  4. MDHAFiZ.NET
  5. Alin Marlini
  6. sabree hussin
  7. zool
  8. Faizul Ali
  9. KiD
  10. titan
  11. Hero Borneo
  12. kenny
    • Uncle Zuan
  13. Hani Fadhlina Abdul Rahman
  14. Bahrain
  15. suriaamanda
  16. explorasa
  17. Jie Susanos
  18. seri nian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge