Sedikit Peringatan Untuk Bulan Ramadhan Yang Mula Ini

Alhamdulillah, kita umat Islam akan menyambut bulan puasa. Sebelum kita mulakan bicara untuk ingat mengingati sesama kita, elok la kita ingat semula macam mana lafaz niat puasa bulan Ramadhan.

niat puasa bulan ramadhan

Seperti semua sedia maklum, bulan puasa yang mula ini la bulan yang kita kena berkejar kejar untuk melakukan ibadah dan amal kebajikan. Di kesempatan ini, uncle nak ingatkan semua pembaca blog Uncle Zuan akan amalan amalan sunnah berkaitan puasa di bulan Ramadhan yang kebanyakkan kita mungkin terlupa:

  • Bangun bersahur walaupun dengan seteguk air
  • Melambatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa
  • Memulakan berbuka dengan kurma (tamar) atau air
  • Bersiwak atau mengosok gigi
  • Banyakkan menderma (infaq) dan berzikir
  • Jauhkan dari perkara yang sia-sia atau dilarang
  • Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka
  • Banyakkan solat berjemaah
  • Memberi makanan untuk berbuka kepada mereka yang berpuasa
  • Membaca dan mempelajari al-Quran
  • Solat sunat malam tarawikh
  • Banyakkan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
  • Berusaha untuk dapatkan Lailatul Qadr

Mudah-mudahan peringatan tanpa huraian ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Semoga ramadhan ini penuh makna kepada kita semua.

Suka uncle nak ingatkan, bersungguh-sungguhlah beribadat di bulan Ramadhan ini seperti ini adalah kali terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Nota kaki: Ada yang nak iftar dengan uncle tak?

Comments
  1. Mak Jemah Jual Vitamin
  2. Jia Rizaira
  3. Mek ila Jual Vitamin
  4. Hafizul
  5. mrhanafi
  6. Azam Mohamad
  7. musadun
  8. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
  9. Khir Khalid
  10. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge