Review Sebelum Aku Bernikah – Berusaha Mencapai Mampu

Share

Telah aku lamar seorang perempuan,
Aku kira engkau adalah dia,
Aku berharap engkau adalah dia,
Boleh jadi bukan,
Boleh jadi ya.

Kerana engkau sahaja aku cinta,
bukan tunangku,
bukan yang nanti menjadi isteriku,
melainkan dia adalah engkau,
maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku….

Tiada bau jiwang dalam puisi diatas. Ia hasil karya saudara Hilal Asyraf, penulis buku Sebelum Aku Bernikah dan juga pemilik laman sesawang popular, langitilahi.com. Jom baca sedikit review secara ringkas daripada den mengenai buku ini.

Hilal Asyraf Sebelum Aku Bernikah langitilahi

Pertama kali membaca puisi buku bergenre Motivasi Cinta di belakang ini, hati den sudah tertarik untuk membelanjakan sedikit wang bagi mendapatkan isinya. Memang sangat berbaloi. Den suka cara santai penulis menceritakan kisah hidupnya sebelum bernikah. Sangat tersusun isinya, gaya penulisan ringkas dan straight to the point menjadikan buku ini sangat unik dan berbaloi dimiliki mereka yang bercadang untuk berkahwin ataupun sebaliknya.

Pada pendapat den, buku ini sesuai dibaca semua golongan tak kira yang tua atau yang muda, yang sudah berkahwin atau pun yang masih bujang. Ia boleh dijadikan panduan untuk yang belum bernikah kerana penulis berjaya membuktikan indahnya percintaan mengikut gaya dan ajaran islam.

Penulis juga menyatakan persetujuan yang mampu untuk berkahwin memang mudah kerana ia boleh dilakukan dalam sehari. Tapi penulis berjaya membuatkan pembaca berfikir dari segi, mampukah kita untuk menjaga perkahwinanan tersebut. Penulis menekankan untuk mampu dari segi rohani, emosi dan material sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Sangat menarik cara penulis mengupas 3 point tersebut dari kisahnya di dalam buku ini.

 

Dah lama den tak baca buku santai dan berisi yang ‘enak’ macam ni. Rasanya lepasni boleh la den dapatkan dan ‘hadam’ isi karya karya saudara Hilal Asyraf.

Zuan
p.s. – Maaf lama tak update.. Bukan apa.. Tak ada pape pun.. Saja nak rehat.. Dah hujung hujung tahun ni memang tengah dalam un-productive mood. Buat apa pun rasa macam tak best je.. aishhh…malasnye…

tips rumahtangga bahagia

Share
Comments
  1. Kamil Salleh
  2. syazana zainn
  3. boat
  4. Fadhil
    • Zuan
  5. ema
  6. titan
  7. Mohd Yazed
    • Zuan
  8. zool
    • Zuan
  9. Denaihati
    • Zuan
  10. Ainaa Roseberry
  11. Akuro San
    • Zuan
  12. hafizmd
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge