3 Sebab Uncle Suka Tengok Siri Baru Daredevil

Helo semua, Salam 1Malaysia,

Pernah tengok film Daredevil lakonan Ben Affleck? Mesti ramai yang kat sini yang pernah, dan tak suka film tu. Sapa tak suka, uncle nak tinggalkan di ruangan komen, kenapa korang tak suka film Daredevil lakonan Ben Affleck pada tahun 2003 (mari kita bincangkan).

Pada yang dah tahu atau belum tahu, siri Daredevil terbaru adalah siri pertama terbitan bersama Netflix dan Marvel . Ia mula di tayangkan di US pada 10 April yang lepas dan mendapat kritikan positif dari banyak pihak.

menonton siri marvel daredevil

Kenapa uncle suka dengan siri terbaru Daredevil ni?

#1 Berkisahkan origin daredevil. Kebanyakkan cerita biasanya dah ceritakan hero tu dah well-known, tapi dalam siri ni, diceritakan macam mana watak utama Matt Murdock (Daredevil) seorang peguam menjadi seorang anti-hero yang melawan jenayah.

#2 Street fight yang super-real. Kalau biasa kita tengok cerita superhero, biasanya mesti superhero tu bulletproof kan? Tapi dalam siri ni, kita dapat lihat, yang hero, boleh berdarah dan boleh kalah bila lawan penjahat.

#3 Story line yang deep. Kita makin lama makin mahukan kepuasan bila menonton sesuatu rancangan tv atau film. Kita biasanya akan muak klu konsep, dan storyline jenis tipical yang kita boleh jangka macam mana penamat cerita tersebut. Dalam siri Daredevil ni, totally in different league, storyline berkembang dengan unik, karaktor yang ada dalam filem main peranan yang berbeza beza.

 

Jadi pada yang dah tengok siri Daredevil ni, apa pula pandangan korang? Sila tinggalkan komen di ruangan bawah 😀

 

p.s: Bila nak masuk TV Malaysia? Entah, uncle bukan tengok TV pun hehehehe

 

Comments
  1. Diyana
    • Uncle Zuan
  2. nikkhazami
  3. JMR
  4. Raihanah Ahmad
  5. ezuddin
  6. Bro Framestone
  7. jaymiee
  8. blogger lelaki
  9. mrhanafi
  10. Jia Rizaira
  11. Adam Roslan
  12. berita semasa online
  13. Mek ila Jual Vitamin
  14. reezluv
  15. farzli
  16. titan
  17. ahmadyani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
holla, Salam sejahtera. Nampak tak kerajinan uncle update? Haha. Ok...