Sebab Kena Tonton Film Avengers 2: Age of Ultron

Share

***Entry ni adalah bebas dari segala unsur spoiler***

Korang tak tau sama-ada nak tengok atau tak film terharu baru Avengers? Nak baca review dari website/ blog takut banyak spoiler di dedahkan? Jadi, korang boleh baca entry ni yang mana uncle jamin bebas dari segala unsur spoiler.

avengers t shirt

Entry ni akan menghuraikan beberapa point kenapa korang kena tengok film Avenger 2: Age of Ultron yang di rasa valid oleh uncle Zuan a.k.a Mr Stark Jr. hehe.

#1. Film Avenger 2: Age of Ultron adalah sequel kepada Avengers Assemble (2012), dan ada ada hubung kait dengan semua film dalam Marvel Cinematic Universe seperti Iron Man, Captain America, Thor, dan The Incredible Hulk. Jadi pada yang dah pernah tengok 1st film iaitu Avengers Assemble, film ke-2 ni adalah follow up yang mesti di tonton.

#2. Pada yang tak tau, Ultron adalah antara villain kepada Avenger yang tegar untuk mati. Boleh kata Ultron ni, tidak boleh dibunuh atau dimusnahkan dengan mudah. Jadi macam mana ‘Adiwira Terkuat di Dunia’ ni nak halang Ultron dari mengancam manusia?

#3. Avenger kali ni non-stop dengan action, buckle-up!

#4. Klau korang anti DC Comics (Batman, Superman, dan keluarga Justice League) Marvel adalah kawan baik korang. Trust me, I’m Mr Stark Jr.!

#5. Selalu kalau kita tengok superhero mesti nak cool dan berlagak macho sepanjang masa, masalah pun macam ada tak de je dalam hidup diorang. Rasa bosan dengan typical hero macam tu? Avenger adalah penawar yang korang cari. Kenapa? Sebab dalam Avenger ada seorang innovator genius yang tak pernah serius dalam apa-apa perkara, ada kapitan yang memakai suit yang agak pelik dan outdated dalam macam-macam perkara, ada lelaki hijau yang ada masalah mendapatkan saiz seluar, dan mamat jambu yang suka bawa tukul besi.

#6. Anda adalah fanboy/fangirl komik superhero.

#7. Story line kalini agak sedikit berat. Jadi kalau expect some story yang lain dari biasa Marvel buat (yang biasanya simple story yang bayak unsur jenaka), film ini berbaloi di tonton sekurang kurangnya sekali.

#8. Setakat ni kecewa dengan film yang keluar di pawagam tahun ini? Ok, Adiwira Terkuat di Dunia  come to the rescue again…!

#9. Dah tengok performance Quicksilver dalam X-Men Days of Future Past? Best-kan persembahan Quicksilver dalam film tu? Maaf, pelakon yang melakonkan watak Quicksilver lain dari film sebelum ni, tapi korang akan teruja juga dengan performance Quicksilver dalam film ni.

 

Ok dengan point di atas? Sila bayar di kaunter #10, terima kasih 😀

 

Nota Kaki: Uncle tak suka buat review, uncle suka bagi sebab kenapa nak kena tengok film ni. Kan lebih telus? 

Nota Kaki-kaki: Lepasni cerita apa ek? Lupa pulak sebab, banyak sangat cerita dalam list yang nak kena tengok macam Ant-Man, Terminator Genesis, dan Star Wars. 

Share
Comments
  1. muliani
  2. huda
  3. Syazana zainn
  4. myrujukan
  5. faezahjalil
  6. Anuar
  7. Nurinsaniah
    • Zuan
  8. akubiomed
  9. aku penghibur
  10. farzli
  11. titan
  12. Jia Rizaira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge