Saya Nak Beli GoPro Hero 8 Black!

Wow! Pagi ni uncle dikejutkan dengan berita gembira iaitu GoPro telah mengeluarkan GoPro Hero 8. Uncle memang dah jangkakan yang diorang akan keluar GoPro baru dalam bulan 9 atau 10 tahun ni, dan jangkaan uncle benar belaka.

Tapi ia akan masuk pasaran pada pertengahan bulan 10 ni sahaja. Jadi sempat la kumpul duit dulu sebelum nak beli hehe.

Baik jom kita sembang sikit apa kelebihan yang ada pada GoPro Hero 8 ni.

Spesifikasi GoPro Hero 8 Black

Uncle paling berminat dengan GoPro Hero 8 Black (GPH8B). Dalam GPH8B 12-megapixel sensor yang boleh rekod 4K (3840 x 2160) footage pada 60, 50, 30, 25 dan 24 fps dalam skala 16:9, dan 4:3 4K pada 30, 25 dan 24fps.

GPH8B juga boleh rekod 2.7K dalam 16:9 pada 60, 50, 30, 25 dan 24fps, or50, 50, 30, 25 dan 24fps 4:3 footage.

Korang juga boleh rekod super slow-motion movies pada 240 atau 200fps dalam resolusi 1080p, 960p atau 720p. Maknanya korang boleh produce slow motion movie 8x slow.

Build in Mounting

Satu innovasi baru yang uncle perasan adalah pada design GoPro Hero 8. Yup, nampak macam tak ada beza kan? Tapi sebenarnya ada. Dekat bawah body GoPro ada mount yang boleh flip. Ini bermakna anda tak perlu lagi menggunakan casing untuk ada mount yang boleh attach pada pole. Awesome kan?

HyperSmooth 2.0

Tahun lepas GoPro telah memperkenalkan HyperSmooth pada GoPro Hero 7. Untuk GPH8B mereka telah up lagi level hyprsmooth tu. Mereka telah memperkemaskini HyperSmooth menjadikan video lagi stabli dengan algorithm yang baru. Jadi bye bye pole stabilizer.

Jom usya video testing HyperSmooth 2.0.

Waterproof sehingga 10 meter

Pengenalan Kepada Digital Lens

Digital Lens diperkenalkan dalam GPH8B. Ini bermakna GoPro Hero8 Black menawarkan 4 jenis fokus yang berbeza iaitu SuperView (16mm), Wide (16-34mm), Linear (19-39mm) dan Narrow (27mm).

Power kan? Rasanya tak perlu cerita banyak pun korang boleh gambarkan apa korang boleh buat dengan GoPro yang terbaru ni.

Yang penting dia kecil dan boleh dibawa ke mana-mana. Okay siapa nak beli uncle punya GoPro Hero 4 Silver? Uncle nak jual murah murah. hehe

89 total views, 1 views today

Comments
  1. Vitaly
  2. Perunding Takaful Ikhlas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge