Sanggup Ke IOI City Mall Putrajaya Demi Street Churros

Share

Hoyeahhh! 29 July yang lepas, salah satu food chain Churros terbesar dari Korea, Street Churros telah sampai ke Malaysia. Dan tempat pertama ia landing adalah di IOI City Mall Putrajaya.

Yups, sebab tu uncle sanggup travel ke IOI City Mall Putrajaya dari Senawang semata-mata untuk mencuba sendiri kerangupan ‘street food’ churros yang masih panas dari dapur ini. Gigih kan dari Senawang demi mencuba Street Churros? Tapi ada good thing juga Street Churros buka kat IOI Putrajaya, tak perlu la uncle nak ke Korea lepasni semata-mata untuk makan churros. 😀 

Pada yang tak tau, food chain ini telah memulakan langkah pertamanya di Korea pada 2014, dan harini telah menjadi salah sebuah food chain churros terbesar di dunia. Tak silap uncle, Street Churros ni pernah masuk dalam travel siri TV Popular Korea, Running Man.

Street Churros malaysia best

Seriusly churros ni memang rangup kalau makan time panas.

Ada 3 perisa churros yang available sekarang ni iaitu, Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Setiap satu boleh didapati pada harga RM4.90 sahaja!

street churros malaysia dipping sauces

Dengan hanya menambah RM1.50, anda boleh pilih salah satu dari 4 jenis sos yang ada iaitu – Chocolate, Cream Cheese, Strawberry dan Blueberry.

Pada uncle, memang wajib add-on salah satu sos ni sebab ia memang penambah perasa yang mampu mengalirkan air mata anda hehe.

street churros malaysia (1)

Selain dari Churros, Ah Chu juga adalah favorite uncle kat Street Churros.
Ah Chu ni bukan orang, ia adalah hidangan churros bersama ice cream.

Salah satu menu unik yang MESTI dicuba kalau anda dah singgah ke Street Churros ni.

Ah Chu kosong dijual pada harga RM7.90, dan kalau yang berperasa dijual pada harga Rm8.90.

street churros malaysia (3)

Selain tu boleh juga cuba Filling-Chu.
Ia khas untuk mereka yang suka pastri yang ada isi didalamnya.

Didapati dalam perisa Chocolate, Cream Cheese dan Blueberry, Filling-Chu boleh didapati pada harga RM7.90.

street churros malaysia (2)

Antara menu-yang ada di Street Churros

Alamat Outlet IOI City Mall Putrajaya: LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 62500 IOI Resort City, Putrajaya

Dah kenyang makan, masa untuk berpeluh dengan Pokemon hunting di kawasan IOI City Mall Putrajaya hehe…

Oh ya, pada Street Churros juga akan menambah lagi 5 cawangan di area Klang Valley by end of this year… Nantikan…. 😉

3,718 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Ira
  2. Ikhwan
  3. Faizal Fredley
  4. Erika rain
  5. Introducer maybank
  6. Khir Khalid
  7. siti hazreen
  8. nila anggraini
  9. Bahrain
  10. Anuar
  11. Zamree
  12. JMR
  13. nikkhazami
  14. Introducer maybank
  15. Raihanah
  16. Sizzling Suzai
  17. mamatisya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge