Sajian Kampung Buffet Dinner di The Federal KL

Bila masuk je bulan Ramadhan, pasti ramai yang mencari hidangan buffet untuk berbuka puasa. Waktu ni la masa terbaik untuk makan besar bersama keluarga tersayang secara santai dan juga masa sesuai untuk makan bersama dengan rakan sekerja yang pastinya dalam volume rakan sekerja yang lebih besar.

Sempena bulan Ramadhan tahun ini dari 10 Jun hingga 2 July, Restoran Kontiki, The Federal KL menawarkan Sajian Kampung Buffet Dinner bagi memenuhi permintaan sajian buffet pada bulan puasa.

Restoran kontiki Sajian Kampung Buffet Dinner 2016 (6)

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, entrance ke restoran Kontiki juga menerapkan element puasa dan raya. Menaikkan feel raya bila nak masuk ke dalam restoran Kontiki ini

Teruja juga pertama kali uncle dapat makan untuk berbuka puasa di Restoran Kontiki ni. Pandangan pertama uncle bila pertama kali masuk ke sini; Ruangan makan yang sangat selesa dengan beraneka lauk pauk yang dihidangkan.

Dengan harga hanya RM118 untuk dewasa, RM38 untuk kanak-kanak dan diskaun 50% untuk warga emas, terdapat lebih 100 sajian tradisi di sediakan kepada pelanggan yang datang berbuka puasa disini.

Restoran kontiki Sajian Kampung Buffet Dinner 2016 (13)

Biasanya kalau sesuatu restoran tu ada sediakan buffet, mesti akan rasa crowded sebab ruangan tempat makan agak kecil dan sempit. Memang tak selesa la pada uncle. Berbeza dengan restoran Kontiki, agak selesa tempat makan yang disediakan.

Restoran kontiki Sajian Kampung Buffet Dinner 2016 (12)

Tips uncle kalau makan buffet ni, ambil makanan dengan hidangan yang sedikit, jangan ambil makanan macam kita nak makan sampai kenyang. Kenapa? Sebab biasanya masa untuk makan juadah Buffet Ramadhan adalah dari waktu berbuka sehingga jam 9 atau 10 malam. Ada banyak masa untuk cuba semua jenis hidangan, dan tak lupa ada juga masa untuk menunaikan kewajipan ibadah 😉

Restoran kontiki Sajian Kampung Buffet Dinner 2016 (10)

Kambing bakar. Memang kegemaran uncle. Rasa tak lengkap sesuatu hidangan buffet tu kalau tak ada kambing bakar

Restoran kontiki Sajian Kampung Buffet Dinner 2016

Overall dari segi juadah makanan yang ada, memang tak mengecewakan. Apa yang uncle telan, semua sedap belaka. Yang uncle tak telan tu tak pasti la sedap ke tak sebab uncle tak larat nak layan semua juadah yang ada.

Untuk servis pelayan memang terbaik la. Sentiasa ceria melayan kerenah pelanggan. Dan untuk keselesaan pun sangat selesa, inshaAllah akan datang berbuka ke sini lagi atas faktor keselesaan, servis dan makanan.

restoran kontiki federal kl

Thumbs up kepada semua team restoran Kontiki kerana berjaya menyediakan juadah untuk sajian berbuka yang sedap-sedap, servis yang baik dan tempat makan yang sangat selesa kepada pengunjung.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai Sajian Kampung Buffet Dinner, boleh hubungi:

Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

No telefon: 03-2148 9166
Website: www.kontiki.com.my
Facebook: Kontiki The Federal KL
Instagram: @Kontiki.TheFederalKL
Twitter: KontikiTFKL

4,209 total views, 2 views today

Comments
  1. zik
  2. Khairul Zamri
  3. raihanah
  4. Noriza Rahman
  5. ewanthology
  6. Muhammad Khairuddin Lim
  7. Afif Rayyan
  8. Bahrain
  9. Mummy Julia
  10. jida
  11. Hairul Hissam
  12. MUHAMAD MAWARDI BIN MAT YUNUS
  13. Syima Yusuf
  14. Qiya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge