Sajian Buffet Seindah Ramadhan di Carousel International Coffeehouse
Ramadhan akan tiba lebih kurang 2 bulan sahaja lagi, dan dilihat banyak hotel dah mula menawarkan pakej buffet Ramadhan. Carousel International Coffeehouse, Palace of the Golden Horses juga tak melepaskan peluang untuk menawarkan sajian buffet ramadhan istimewa sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini.
Disediakan oleh chef Palace of the Golden Horses di bawah bimbingan Chef Eksekutif, Wilfred Lim, hidangan bufet yang diberi tema ‘Seindah Ramadhan’ akan memberi tumpuan kepada masakan Timur Tengah dengan daging Unta daripada Arab bakal menjadi tarikan utama dalam sajian istimewa ini.
Antara barisan Chef disebalik tabir ‘Seindah Ramadhan’: Chef Rafidon, Chef Saifullizam, Chef Tarmizi, Chef Hansraja
Seindah Ramadhan akan menawarkan lebih 150 sajian yang pasti menarik perhatian pelanggan dengan 15 stall yang akan aktif sepanjang sajian berlangsung. Dengan campuran masakkan timur tengah arab dan makanan terkenal asia, buffet seindah ramadhan pasti tidak mengecewakan pelanggan.
Menawarkan Kepalbagaian Sajian
Sebagai permulaan, banyak pilihan daripada hidangan pembuka seleran dan salad di talian bufet yang akan memukau pengunjung termasuk Ayam Dara Goreng Berkunyit, Paru Goreng berlada, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Acar Betik Muda, Udang Goreng -Berempah, Ulam-ulam Melayu, Acar Rampai dan Acar Buah.
Buffet Seindah Ramadhan ini juga menawarkan menu signature yang pasti memuaskan anda iaitu Sup Unta Berempah, Rendang Daging Unta, Nasi Kerabu Unta Salai dan Daging Unta Panggang berempah.
Selain itu, turut tersaji Kambing Panggang, Daging Bakar, Goreng Homemade lobak Cake, Murtabak Ayam, Murtabak Daging, Sup Gear-Box, Gulai Kawah , Laksa Johor dan Mee Udang Pinang, Lychee Goreng dan Cendol.
Sajian yang dihidangkan sesuai dengan pelbagai keadaan samaada untuk tujuan koperat atau untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Promosi Istimewa Seindah Ramadhan
Buffet ‘Seindah Ramadhan’ berharga RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak dan warga emas. Promosi EARLY BIRD boleh didapati dari 1 Mac hingga 21 Mei di mana semua tempahan yang dibayar layak mendapat diskaun 15%. Selain promosi EARLY BIRD, pengunjung boleh menikmati Deal 9 + 1: Yang mana seorang tetamu akan dapat makan secara percuma dengan setiap sembilan tetamu (9) membayar dari 22 Mei hingga promosi berakhir.
19,888 total views, 6 views today
Hello Uncle!
Wow am feeling so hungry with your posts! NO more dieting, postponed lah 😀
Rendang daging unta? rare ni…tahun ni x dapat lagi jemputan ramadhan preview…
wah sedapnye semua ek
semua sedap sedap Ciklily, tak larat nak makan
Uncle Zuan recently posted…Video Travel Ke Tokyo Pada Musim Sejuk
wah sedapnya semua hidangan. daging unta pun ada tu
RAIHANAH AHMAD recently posted…7 Sebab Set Kanser Shaklee Pilihan Terbaik
daging unta tu must try sebab bukan selalu nak dapat kan? Kalau daging kambing tu dah biasa
Uncle Zuan recently posted…Video Travel Ke Tokyo Pada Musim Sejuk
That is certainly quite a spread 🙂 All the dishes looks very tempting too.
yup, you should come and try for it if you got a chance 😀
Uncle Zuan recently posted…11 Barang Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk
Buffet ramadhan sudah datang…… hehe…
Wan Syahida recently posted…Telomere Study Vivix Yang Memenangi Hadiah Nobel Dalam Kategori Perubatan
bulan ramadhan pun sudah hampir kembali menemui kita
Uncle Zuan recently posted…11 Barang Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk
Banyak sungguh sajian.. Sampai 150 jenis..
Ini memang perkara baik untuk para penggunjung
Hero Borneo recently posted…Kahwin Satu Lagi Keperluan Atau Kehendak
ya banyak sungguh, tinggal pilih je nak makan apa.
tips untuk makan buffet ni, tak payah makan banyak satu satu menu tu sangat sebab nanti tak termakan semua menu yang ada nanti.
Uncle Zuan recently posted…11 Barang Perlu Bawa Ketika Bercuti Di Musim Sejuk
Macam mana rasanya rendang daging unta tu eh? nampak menyelerakan pulak tu haha teringin pula.
Seorang Syed recently posted…BLOG SEORANG SYED DI MATA DUNIA
haha rasa dia tak macam daging kambing mahupun daging ayam, kena cuba sendiri baru tahu. yang penting ia lembut hehe