Sajian Buffet Seindah Ramadhan di Carousel International Coffeehouse

Ramadhan akan tiba lebih kurang 2 bulan sahaja lagi, dan dilihat banyak hotel dah mula menawarkan pakej buffet Ramadhan. Carousel International Coffeehouse, Palace of the Golden Horses juga tak melepaskan peluang untuk menawarkan sajian buffet ramadhan istimewa sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini.

Disediakan oleh chef Palace of the Golden Horses di bawah bimbingan Chef Eksekutif, Wilfred Lim, hidangan bufet yang diberi tema ‘Seindah Ramadhan’ akan memberi tumpuan kepada masakan Timur Tengah dengan daging Unta daripada Arab bakal menjadi tarikan utama dalam sajian istimewa ini.

Chef Rafidon, Chef Saifullizam, Chef Tarmizi, Chef Hansraja

Antara barisan Chef disebalik tabir ‘Seindah Ramadhan’: Chef Rafidon, Chef Saifullizam, Chef Tarmizi, Chef Hansraja

Seindah Ramadhan akan menawarkan lebih 150 sajian yang pasti menarik perhatian pelanggan dengan 15 stall yang akan aktif sepanjang sajian berlangsung. Dengan campuran masakkan timur tengah arab dan makanan terkenal asia, buffet seindah ramadhan pasti tidak mengecewakan pelanggan.

buffet seindah ramadhan

Menawarkan Kepalbagaian Sajian

Sebagai permulaan, banyak pilihan daripada hidangan pembuka seleran dan salad di talian bufet yang akan memukau pengunjung termasuk Ayam Dara Goreng Berkunyit, Paru Goreng berlada, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Acar Betik Muda, Udang Goreng -Berempah, Ulam-ulam Melayu, Acar Rampai dan Acar Buah.

rendang daging unta

Rndang Daging Unta yang pasti membuatkan anda nak lagi.

Buffet Seindah Ramadhan ini juga menawarkan menu signature yang pasti memuaskan anda iaitu Sup Unta Berempah, Rendang Daging Unta, Nasi Kerabu Unta Salai dan Daging Unta Panggang berempah.

Selain itu, turut tersaji Kambing Panggang, Daging Bakar, Goreng Homemade lobak Cake, Murtabak Ayam, Murtabak Daging, Sup Gear-Box, Gulai Kawah , Laksa Johor dan Mee Udang Pinang, Lychee Goreng dan Cendol.

seindah-ramadhan-buffet-2017-

buffet seindah ramadhan 2017

Sajian yang dihidangkan sesuai dengan pelbagai keadaan samaada untuk tujuan koperat atau untuk berbuka puasa bersama keluarga.

seindah-ramadhan-buffet-2017

Promosi Istimewa Seindah Ramadhan

Buffet ‘Seindah Ramadhan’ berharga RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak dan warga emas. Promosi EARLY BIRD boleh didapati dari 1 Mac hingga 21 Mei di mana semua tempahan yang dibayar layak mendapat diskaun 15%. Selain promosi EARLY BIRD, pengunjung boleh menikmati Deal 9 + 1: Yang mana seorang tetamu akan dapat makan secara percuma dengan setiap sembilan tetamu (9) membayar dari 22 Mei hingga promosi berakhir.




19,891 total views, 9 views today

Comments
  1. blair villanueva
  2. Suria Amanda
  3. ciklilyputih
  4. RAIHANAH AHMAD
  5. Shivani
  6. Wan Syahida
  7. Hero Borneo
  8. Seorang Syed
    • Uncle Zuan

Leave a Reply to Wan Syahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge