Roopawan.com Sasar Pasaran Global Muslim

Share

Harini, portal membeli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai jenis produk tak kira la produk tu baju ke, telefon ke, makanan ke, asal boleh jual online, akan dijual secara online. Beli belah secara online ni mudah, semuanya di hujung jadi, jimat masa dan jimat wang juga sebenarnya.

Roopawan (www.roopawan.com) adalah salah satu potal membeli-belah atas talian yang mula mendapat perhatian mereka yang suka membeli-belah secara online termasuk la uncle sendiri hehehe.

Mensasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim, sehingga kini, Roopawan mempunyai lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa yang berdaftar menerusi platform e-dagang mereka.

Muka-Depan-Portal-Roopawan

Antaramuka Roopawan.com yang minimalist memudahkan pengguna melayarinya.

Roopawan diperkenalkan semasa Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 kepada umum pada Ogos 2016 dan sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 view dengan 15,000 unik view.

Antara selling point yang menarik daripada Roopawan.com adalah, ia menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan. Yes, FREE SHIPPING!

Roopawan menyenaraikan variasi fesyen untuk lelaki dan perempuan, aksesori seperti jam tangan tawaf, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan dan akan datang mereka juga akan memperkenalkan pakej penginapan Muslim.

roopawan

 

Kalau anda supporter jenama fesyen tempatan, ada banyak vendor jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan. Antaranya adalah Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh.

Selain itu, antara jenama antarabangsa yang boleh didapati di Roopawan.com adalah Tawaf Watch (dari United Kingdom), sejadah Qenza (dari Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia.

Pengasas-Bersama-Portal-Roopawan - Copy

Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd Siti Amalina Ariffin (kiri) bersama Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor (kanan).

Menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas portal ini, Mohd Fuad Mohd Noor; “Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, Roopawan yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan”.

Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin.

Daftar di laman portal www.roopawan.com hari ini dan nikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas.

Follow update terkini mengenai produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial mereka di Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.



9,513 total views, 26 views today

Share
Comments
  1. Nad
  2. Miera Nadhirah
  3. ira
  4. umiadam
  5. LeYa
  6. Seorang Syed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge