Ronda Ronda Menaiki Boat Mengelilingi Kampung Ayer Brunei
Rasa macam baru je bulan puasa tinggalkan kita kan? Alhamdulillah, bulan puasa tahun ni uncle berjaya membuat kelainan tersendiri iaitu uncle merasa berpuasa dan berbuka di negara orang.
Tak jauh pun, dekat je. Bandar Seri Begawan, Brunei je. Trip uncle ke Bandar Seri Begawan pada bulan puasa yang lalu tak lama pun, cuma 2 hari 1 malam je.
Uncle tak dapat pelepasan cuti pada bulan ramadhan yang lepas, jadi uncle hanya boleh ke Brunei pada hujung minggu.
Oh ya, pernah pergi Kampung Ayer tak? Uncle cerita sikit mengenai kampung Ayer, salah satu destinasi yang uncle terjah ketika berada di Brunei.
Kampung Ayer
Kampung Ayer ni adalah sebuah penempatan atau kampung yang mana rumah dibina di atas Sungai Brunei.
Kampung ini terletak didalam Bandar Seri Begawan, yang mana kira-kira 39 ribu iaitu lebih kurang 10 peratus dari orang rakyat Brunei tinggal menetap di kampung Ayer.
Kampung Ayer telah wujud lebih 1300 tahun, dan ada yang memanggil kampung Ayer ini sebagai ‘Venice Timur’.
Video Ronda Ronda Menaiki Boat Mengelilingi Kampung Ayer Brunie
Tak banyak sangat uncle nak cerita pasal kampung Ayer ni, uncle nak share video semasa uncle ronda ronda mengelilingi Kampung Ayer ni dengan mengelilingi boat.
Dalam usaha pihak kerajaan Brunei mengekalkan Kampong Ayer sebagai tapak warisan penting, mereka telah menyediakan beberapa kemudahan asas seperti jambatan kaki, jeti simen, air paip, bekalan elektrik, sekolah, masjid, klinik, balai polis, dan balai bomba marin.
8,070 total views, 1 views today
lama gila aku tak pi brunei sana.
rindu plak rasanya.
titan recently posted…How do you define SUCCESS?
wow uncle… terbaik vlog..
terasa buat aku nak p pkampungan air tu..nice sharelah bro
ko elok jadi vlogger je la gini..haha
reezluv recently posted…Buat Landing Page Mudah Dengan WP Profit Builder
hurmmm, bila lah nak jejak ke brunei nih huhu
siti hazreen recently posted…Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa Ambilan Febuari 2017
Di Brunei pasti tempatnya bagus2 ya uncle.. jadi pengen kesana..
Bestnya dapat pergi Brunei.. teringin nak ke sana.. tapi beluum berkesempatan lagi..
anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
asyik sekali bisa mengelilingi kampung ayer di brunei , jadi kepingin
memang menarik…keunikan di sana
Dah lama aim nak pergi melancong ke Brunei ni. Uncle dah sampai dulu.
InshaAllah, semoga dalam waktu terdekat, dapat ke sana 🙂