Rock tahun 1999

Share

The Hunting Party adalah tajuk album terbaru kumpulan rock band popular Amerika, Linkin Park.

Dengan single pertama Guilty All The Same hasil kolaborasi dengan lagenda Hip Hop, Rakim, sudah cukup membawa kembali peminat-peminat band ni yang dahagakan genre musik Nu-Metal dan Alternative Rock ke album pertama mereka, Hybrid Theory.

linkin park The Hunting Party (album art)

kredit gambar wikipedia

Album ini mempunyai 12 track dan adalah hasil produksi penuh ahli band ini sendiri iaitu Mike Shinoda and Brad Delson. Ada beberapa track di dalam album ini mendapatkan khidmat pemusik dan penyanyi dari band lain seperti Page Hamilton (Helmet), Daron Malakian (System of a Down) dan Tom Morello (Rage Against the Machine).

Secara keseluruhannya, album ini ‘menyegarkan kembali’ aura rock Linkin Park yang semakin lama semakin hilang. Ia mengingatkan den dengan zaman den main skateboard, waktu den melepak dekat Terminal 1 Seremban, waktu den suka main game arcade, dan waktu den banyak mendengar musik rock band seperti Limp Bizkit, Korn, Deftones, dan banyak lagi.

 

p.s Dah boleh basuh baju Hybrid Theory dan pakai semula dengan bangga baju tersebut lepasni hehe.
Zuan

Share
Comments
  1. Ezad Skytech
  2. Hafizul
  3. BlogMalaya
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge