Album Rindukan Cahaya oleh Mu’adz

Dah bosan dengan Maher Zain? Inginkan feel penyanyi naheed tempatan? Minat muzik bergenre, nasheed dan soul? Mu’adz mungkin yang anda cari. Mungkin tak ramai yang pernah dengar namanya di arena musik tempatan, tetapi beliau sudah menerbitkan 2 buah album. Album terbaru beliau berjudul Rindukan Cahaya adalah hasil kolaborasi dengan kompozer/penyanyi dari Indonesia, Noe (Letto Band).

muadz rindukan cahaya cover (1)

Dapatkan yang original di Kedai Denaihati

Track pertama dalam album ini, Kepada Hati, adalah track yang mudah di tangkap melodi lirik dan feelnya. Secara jujur, selepas mendengar sebanyak 2 kali, single ini adalah antara single kegemaran album ini.

Track ke 2 yang berjudul Rindukan Cahaya yang juga merupakan tajuk kepada mini-album ni mempunyai feel soul tersendiri apabila mendengarnya. Rasanya ia adalah hasil sentuhan magis dari Noe yang merupakan kompozer album ini. Apabila mendengar, seolah-olah berada di padang pasir di waktu senja. Lirik berunsur penginsafan seorang insan yang telah hanut di dalam duniawi.

Selain itu, terselit track Sambutlah yang bertemakan ramadhan, dan dua track lain Ampunan dan Ketika Mencinta. Terselit juga 3 track bonus versi instrumental, Rindukan Cahaya, Ampunan dan Ketika Mencinta menjadikan jumlah track di dalam album ini adalah 8.

Secara keseluruhan album ini lain dari yang lain. mempunyai soul tersendiri didalam musik dan lirik. Vocal Mu’adz juga agak unik dan ada kekuatan tersendiri yang mampu menarik pendengar baru.

Zuan

equrban-728x90a

Comments
  1. shfwan
  2. schaze zainn
  3. Hafizul
  4. encikarman
  5. papa mifz
  6. titan
  7. blackrosehunter
  8. Anuar
  9. fyna
  10. ema
  11. suriaamanda
  12. Ainaa Roseberry
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Di usia 'separuh punya separuh abad', agak normal bila dengar...