Rindu Menginap Di Homestay Sungai Haji Dorani

Share

Pakej bermalam di homestay bukanlah suatu yang baru di negeri Selangor. Pada uncle, ia telah memberi peluang kepada pengunjung yang mana asalnya dari bandar untuk mendapat gambaran tentang gaya hidup di desa. Dengan menginap di homestay, membolehkan pengunjung mengalami gaya kehidupan sebenar di persekitaran melayu tradisional.

Pada yang dah biasa, dan merasa muak tinggal di bandar, uncle cadangkan sangat untuk menginap di homestay yang ada di sekitar negeri Selangor. Uncle percaya anda akan temui keindahan kehidupan yang mudah di kampung desa dan akan jatuh cinta dengan tenang menginap di sana. Anda akan merasai dan pasti akan merindui pengalaman merasai gaya hidup di kalangan penduduk kampung mesra dan budaya yang berwarna-warni.



Rindu Menginap Di Homestay Sungai Haji Dorani

Menginap di Homestay Sungai Haji Dorani adalah pengalaman baru untuk uncle. Walaupun uncle ada sikit-sikit darah jawa, tapi tak banyak mengenai jawa yang uncle tahu. Jadi pengalaman menginap di perkampungan etnik jawa di Homestay Sungai Haji Dorani adalah pengalaman baru yang bermakna kepada uncle.

Homestay Sungai Haji Dorani (4)

Homestay Sungai Haji Dorani

Sungai Haji Dorani homestay terdiri daripada empat buah kampung. Dengan penduduk Jawa yang kebanyakannya etnik, persembahan kebudayaan unik kuda kepang, barongan, gamelan dan jawa kompang tidak boleh dilepaskan untuk disaksikan kalau berada di saini.

Homestay Sungai Haji Dorani (2)

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan kuda kepang kalau menginap di Homestay Sungai Haji Dorani

Makanan yang juga mencerminkan adat dan tradisi etnik Jawa. Jangan lepaskan peluan untuk merasa jenis makanan yang dihidangkan kepada anda terutamanya nasi ambeng.

Homestay Sungai Haji Dorani (5)

Budak bandar teruja tengok makanan tradisi yang dihidangkan hehe…

Macam mana nak ke Homestay Sungai Haji Dorani?

Haaa dah macam teruja kan untuk rasa menginap di sini? Okay kalau dari KL hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini. Bandar terdekat dengan homestay ini adalah Kuala Selangor. Selain dari drive kereta ke sini, boleh ambil bus atau cab terus ke Kuala Selangor. Dan dari situ boleh ambil cab untuk ke Homestay Sungai Haji Dorani.

Selain tu, untuk memudahkan anda, adalah lebih baik terus hubungi pihak operator homestay atau hubungi tour agent tempatan untuk urusan perjalanan dan stay anda.

Contact Homestay Sungai Haji Dorani: +6013 607 7025 (Abdul Rahman Daud)

Alamat: Parit 1 Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar

Harap perkongsian ini memberi anda idea baru untuk menikmati percutian dalam gaya yang belum pernah anda buat lagi. Ye la, bosan juga kan kalau asyik bercuti ke pulau, atau ke negara luar. Apa kata ambil masa cuti tu dengan menikmati percutian ala kampung dengan menginap di Homestay Sungai Haji Dorani.

2,802 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. Miera Nadhirah
  2. Rawlins GLAM
  3. Emily
  4. Chuojashni Subramaniam
  5. Otomen Taro
  6. Jari Manis
  7. Saji.My
  8. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge