Rezeki 1 Ramadhan

Assalamualaikum, salam ramadhan, dan salam sejahtera.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
sumber: islam.gov.my

Alhamdulilah, minggu lepas pada 1 ramadhan si ‘penanam anggur’ ni walk-in-interview di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia. temuduga berjalan dengan baik walaupun itu adalah kali pertama ditemuduga. Alhamdulillah tiada gementar langsung, mungkin kerana berpuasa dan gembira terhadap jawatan yang ditawarkan. 2 sesi temuduga berjalan dengan baik, dan aku di beri surat untuk membuat pemeriksaan kesihatan di dalam banggunan yang sama. Biasanya bila dah di suruh buat pemeriksaan kesihatan tu, tandanya offer kerja dah hampir di dalam genggaman.

Pada hari yang sama juga, aku dapat call dari lecturer aku untuk mewakili UiTM bagi pembentanggan projek aplikasi membaca Jawi di USM pada bulan hadapan (selepas raya). Projek aplikasi Jawi aku mendapat sambutan yang baik pada persembahan final year project (projek pelajar semester akhir UiTM sebelum ke Latihan Industri) bulan 1 yang lepas, dan Alhamdulilah aku berjaya mendapat keputusan yang baik dan mendapat best poster presentation pada hari presentation tersebut. Aku usaha develop projek aplikasi membaca Jawi tu sejak bulan Ramadhan tahun lepas. Konsep membaca jawi menggunakan kaedah fonetik itu mendapat sambutan kerana tidak pernah digunakan sebelum ini. Alhamdulillah, idea asal lecturer aku membuahkan hasil.

projek jawi copy

Semasa pembentangan ‘final year project’ bulan Januari yang lepas

Jumaat lepas, pada puasa hari ke 3, aku dapat call dari bank, menyatakan mereka memerlukan surat tamat pengajian atau transkrip dari Universiti bagi membolehkan mereka proceed dengan proses pengambilan. Tetapi malangnya pihak Universiti tak boleh mengeluarkan sebarang surat tamat pengajian atau transkrip kepadaku sehingga bulan depan (august). Dah minta tolong beberapa lecturer dan staff untuk atasi masalah ni, tetapi menemui jalan buntu. Deadline untuk hantar surat pengesahan atau transkrip kepada bakal majikan adalah hari isnin (iaitu hari ini). Nampak gayanya terpaksa lepaskan peluang kerja.

Mungkin bukan rezekiku bekerja di ‘tempat simpan duit’. Setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmahNYA. Mungkin Allah S.W.T. ingin aku mantapkan beribadah di rumah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur dapat peluang mewakili UiTM untuk pertandingan NRIC 2013 di USM nanti. USM, I’m coming!!! 😉

p.s Ada yang tanyakan, “Taknak jual ke applikasi Jawi tu? Boleh buat duit tu” Sorry la, bukan tak nak jual, tak boleh jual. Project tu memang copyright atas nama aku, tapi under UiTM, so tarak boleh dijual kepada public, kalau kantoi jual boleh kena saman wooo.. 😛

Zuan

Comments
  1. Hafizul
  2. mardhena
  3. Dkna Abza
  4. onie
  5. akubiomed
    • Zuan
  6. Nisa Greennnpanda
    • Zuan
  7. kakiblog
    • Zuan
  8. Sop
    • Zuan
  9. Irwan Alessa
  10. encikarman
  11. titan
    • Zuan
  12. sutera
    • Zuan
  13. azwan
    • Zuan
  14. blackrosehunter
    • Zuan
  15. the malay male
  16. Denaihati
  17. schaze zainn
  18. Lizz
    • Zuan
  19. Paeh
    • Zuan
  20. Alin Marlini
    • Zuan
  21. fyna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Assalamualaikum, Salam Ramadhan, dan Salam Sejahtera kepada semua.. Dalam tak...