Restoran Nasi Arab Al-Ulfah Senawang

Share

Impak kepada entri yang di tulis food blogger popular Hazman Fadzil, 2 kali uncle berbuka puasa di Restoran Nasi Arab Al-Ulfah yang terletak di Senawang! Uncle ulang semula, 2 kali uncle berbuka di sana. Antara faktor utama uncle berbuka kat sana sebanyak 2 kali adalah sebab ia dekat dengan rumah uncle, harga yang berpatutan dan sebab menu yang di hidangkan memang betul-betul sedap. Jadi tak heran lah yang blogger suka makan seperti abang Man sanggup turun ke Senawang untuk merasanya sendiri.

blogger makanan nasi arab deqnoor

Iftar bersama rakan blog yang dah kenal sejak awal uncle blogging, Deqnoor dan Cik Siezuka

Kali pertama uncle ber-iftar dekat sini adalah dengan rakan blogger Deqnoor dan Cik Siezuka. Kitorang try set Nasi Arab Mandi Kambing + Ayam. Set kitorang pilih ni boleh makan untuk 3 orang. Nasi arab biasanya di sediakan dalam portion yang besar, walaupun hidangan untuk 3 orang, bagi mereka yang tak biasan makan banyak, mungkin akan ada kesukaran untuk habiskan.

nasi arab mandi ayam + kambing

Nasi Arab Mandi: Ayam + Kambing set II
Harga: RM 63:00

Nasi dia memang panjang panjang (standard nasi arab la kan?), ayam dan kambing sangat lembut. Mudah untuk di makan.

Kali ke-2 pula uncle berbuka dengan family uncle. Memandangkan umi dan adik uncle tak berapa layan kambing, kalini uncle ambil set Nasi Arab Mandi Ayam dan add-on Kambing Bakar untuk abah uncle. Niat di hati nak layan sekali kekab ayam sebagai add-on, malangnya kebab tak di sediakan untuk bulan ramadhan.

Berbuka bersama keluarga

Berbuka bersama keluarga tercinta

Nasi Arab Mandi Ayam Set II RM 40.00

Nasi Arab Mandi Ayam Set II
Harga: RM 40.00

Add-on menu: Kambing Bakar Harga : RM 15:00

Add-on menu: Kambing Bakar
Harga : RM 15:00

Masuk saja waktu berbuka puasa, salah seorang staff di restoran al-Ulfah akan melaungkan azan.

Masuk saja waktu berbuka puasa, salah seorang staff di restoran al-Ulfah akan melaungkan azan.

Dua kali uncle berbuka kat sini. Rasa kambing dia masih lagi terlekat dekat celah-celah gigi uncle hehe. Pada yang nak berbuka puasa nasi arab, boleh cuba sebab uncle sendiri dah cuba 2 kali dan memang ohsemmmm!

Al-Ulfah Arabian Cuisine

Alamat:
No.32, Lorong Kekwa 11, Taman Guru Melayu, Senawang, 70450 Seremban Negeri Sembilan

Contact:
+6 017 31 99 365

Waktu operasi untuk bulan ramadhan (19 Jun – 14 July 2015):
3 pm – 8pm
10 pm – 12 pm

 

Nota kaki: Walaupun banyak makan di bulan puasa ni, uncle dapat rasakan berat badan uncle sedikit menurun. Habis je puasa nak kena masuk gym balik amek suppliment. Kata nak sado! Hehe

Share
Comments
  1. siti hazreen
  2. Lenny Boniface
  3. ridhwan
  4. Mama Nadia
  5. Sani
  6. serinian
  7. syazana zainn
  8. kak yatiadam
  9. musadun
  10. MamaBard
  11. titan
  12. Khir Khalid
  13. adarain
  14. Noriza Rahman
  15. Hazman Fadzil
    • Uncle Zuan
  16. Ezad Skytech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge