Restoran Ayam Kampung Velodrome: Selera Masakkan Melayu

Share

Sejak dah berkahwin ni, uncle banyak makan. Uncle dan isteri suka cari tempat-tempat makan yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kami. Kadang kala kami keluar lebih sikit daripada kawasan kami semata-mata untuk makan.

Pada yang selera dia masakkan Melayu, masakkan kampung yang mana menu utama dia juga adalah AYAM kampung, uncle cadangkan untuk mencuba masakkan melayu di Restoran Ayam Kampung Velodrome yang terletak di Mesamall Nilai. Memang… kick! Memang layan!! Memang sedap!!!

Jarang sekali dapat rasa masakkan melayu yang dibuka di dalam mall, sedap dan memanggil untuk datang makan sekali lagi. Kalau masakkan di warung atau restoran di kawasan rumah kedai tu biasa la kan? Tapi dalam mall ni, memang tak ada masakkan Melayu betul-betul kick.

Satu Tengah Hari di Restoran Ayam Kampung Velodrome Nilai

Kami singgah di sana semata-mata untuk mencuba Ayam Kampung. Lama juga tak rasa Ayam Kampung. Tapi bila tiba disana, kami dimaklumkan yang bukan ayam kampung je ada kat sini, macam-macam masakkan melayu yang authentic ada di sini.

Pada awalnya tak berapa nak rasa nak try sangat la sebab pada uncle, biasanya masakkan Melayu ni, kat warung-warung tepi jalan je yang kick.  Tapi sebab lapar punya pasal, dan sebab beriya-iya pelayan mencadangkan beberapa menu lain selain Ayam Kampung seperti Ayam Kampung Butter, Daging Salai Masak Lemak, dan lain lain lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk lepak lama sikit di Restoran Ayam Kampung ini untuk cuba beberapa menu lain sekali.

ayam kampung

Sudah tentu kami mulakan dengan Set Ayam Kampung terlebih dahulu.
Ayam Kampung dia sangat lembut dan sedap. Uncle difahamkan yang Ayam Kampung disembelih ketika ia masih dara. Sebab tu nampak macam kecik kan? Tapi sedap dan lembut. MESTI cuba!

Ayam Kampung Butter Velodrome

Untuk side menu, kami ambil sekali Ayam Kampung Butter.
Sedap, pekat, tak puas! Itu yang uncle boleh ungkapkan. Memang tak puas makan butter Chicken ni. Kuah butter ni padu sangat.

Pari Bakar

Kami cuba juga Pari Bakar. Lembut ikan dia, dan memang rasa pekat kuah dia.

daging salai masak lemak

Kami juga cuba Daging Salai Masak Lemak.
Masak Lemak ni memang awesome beb! Dia punya rasa dia memang sangat kick. Bila uncle masukkan daging dia dalam mulut kan, rasa nak sedut sedut sekali semua kuah yang ada di daging tu sebelum kunyah daging tu. Punya la pekat dan sedap masak lemak dia.
Kalau uncle datang sini lagi, memang akan repeat makan lagi Daging Salai Masak Lemak dia. WAJIB cuba!

Lama juga la kami lunch hari tu di restoran Ayam Kampung Velodrome ni. Uncle berani katakan, memang sebuah restoran masakkan Melayu yang sedap.

Kalau anda berdekatan kawasan Nilai dicadangkan sangat untuk datang cuba sendiri di Mesamall. Harga dia berbaloi, ruang makan yang selesa, seleksi menu yang pelbagai, layanan yang mesra dan makan yang dipesan juga cepat sampai dan masih panas.

restoran ayam kampung velodrome

Ya, uncle sedar yang uncle dah makin berisi dalam gambar ni. Hahaha.

Untuk pengetahuan anda Restoran Ayam Kampung yang asal masih lagi beroperasi di Pusat Niaga Velodrome Cheras. Dan setakat ini, Restoran Ayam Kampung Velodrome mempunyai 2 outlet iaitu di Mesamall Nilai dan di Dpulze Cyberjaya.

ayam kampung velodrome mesamall nilai

Premium Outlet Ayam Kampung Velodrome di Mesamall Nilai. Boleh memuatkan sehingga 100 orang pelanggan pada satu masa dan ada ruangan khas untuk event juga.

  • Ayam Kampung Velodrome Premium
    EX-GW-01, Ground Floor
    Dpulze Shopping Centre,
    Persiaran Multimedia,
    63000 Cyberjaya, Selangor
  • Ayam Kampung Velodrome Premium
    G-17 Mesamall Shopping Centre
    Persiaran Ilmu,
    Bandar Baru Nilai,
    71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Waktu operasi Restoran Ayam Kampung Velodrome adalah mengikut waktu operasi mall iaitu 10 pagi sehingga 10 malam.

1,608 total views, 18 views today

Share
Comments
  1. Erwin Pratama
  2. Hairul HIssam
  3. mrhanafi
  4. nikkhazami
  5. Mawardi
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge