realme XT Hadir Dengan Quad Camera 64MP

Jenama phone realme semakin lama semakin mendapat perhatian umum. Dengan spesifikasi power, design cun melecun, dan harga yang berpatutan, memang tak dinafikan yang realme TX ni telah menarik perhatian uncle untuk jadikan dalam senarai phone yang uncle nak beli. Tapi tu la, masalahnya cuma budget je haha.

Baru baru ni realme XT telah dilancarkan di Malaysia.

Pearl White, color pilihan uncle. Sangat cun melecun.

Cantik kan color Pearl White ni? Dengan saiz skreen 6.4 inci Super AMOLED, realme XT dijual pada harga RM1399 dengan spesifikasi memori RAM 8GB dan storage 128GB dan menggunakan cip Snapdragon 712.

Belum cerita pasal kamera lagi, kamera dia 64MP dengan ultra-wide angle dan micro lens. realme XT menyertakan gabungan 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth), selain selfie kamera 16-megapixel. XT mengunakan ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie.

Selain dari warna Pearl White, realme XT juga ada dengan warna Pearl Blue.

123 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge