Raya Moments of Closeness with Samsung

Share

Assalamualaikum, Salam Ramadhan, dan selamat sejahtera.

Hari Raya Aidilfitri  memberi 1001 makna kepada setiap umat Islam yang menyambutnya. Ia disambut oleh semua umat Islam seluruh dunia sebagai tanda berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia yang mana semua umat Islam telah menjalani ibadah puasa dengan tekun. Budaya ‘Balik Kampung’ tercetus dari sambutan hari raya aidilfitri dimana setiap anak anak akan membawa balik keluarga dari perantauan ke kampung halaman bagi beraya bersama dengan keluarga tercinta.

Raya Moments of Closeness with Samsung

Pada ibu bapa yang berada di kampung, mereta menanti-nanti nanti kepulangan anak cucu yang di perantauan. Hampir setiap hari di bulan ramadhan ibu bapa akan menanti nanti panggilan telefon daripada anak mereka dengan harapan dapat beraya bersama anak-anak dan cucu-cucu.

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Tapi malangnya, tahun ini mungkin ada yang tidak dapat beraya bersama dengan anak-anak dan cucu-cucu tercinta kerna si anak sibuk mencari rezeki untuk keluarga. Begitulah nasib yang perlu ditempuh sesetengah keluarga kerana kesibukan anak mencari rezeki di perantauan. Ada juga ibu bapa yang tidak dapat beraya bersama anak kerana anak pulang beraya ke rumah ibu bapa mertua mereka.

Samsung Raya TVC

Jika tahun lepas mereka dapat beraya bersama, dapat menziarahi rumah saudara mara, dapat beramah mesra, dapat bergambar yang memberi 1001 makna, tapi tahun ini mungkin tidak dapat berbuat demikian.

Tapi dengan perubahan teknologi yang berkembang hari ke hari, kemeriahan hari raya tahun ini mungkin sedikit berbeza walaupun tidak dapat raya bersama. Anak-anak kecil yang sudah pandai bermain teknologi internet, mungkin ada idea tersendiri untuk mendapatkan yang jauh dengan menggunakan kelebihan teknologi yang sedia ada. Masalah tidak dapat ‘Balik kampung’ sudah ada penyelesaiannya. 🙂

Raya Moments of Closeness with Samsung

Kanak kanak gembira bermain bunga api.. Yang dewasa sibuk dengan persiapan.. Pada pagi Syawal, bermaafan menjadi keutamaan..

Sebagai contoh, dengan keupayaan Samsung Galaxy Camera, tiada lagi masalah untuk upload gambar ke laman social dengan serta merta. Keluarga anak-anak yang tidak dapat bersama ibu bapa, boleh berkongsi kemeriahan di laman social dengan perkongsian gambar yang telah dimuat naik. Senyuman pasti terukir di wajah ibu bapa selepas melihat gambar yang di upload anak cucu mereka yang turut bergembira di perantauan dengan menggunakan Samsung 65″ Series 8 LED atau Galaxy Note 8.0.

Jika ibu bapa ingin video chat dengan anak-anak dan cucu-cucu tersayang, tiada masalah lagi dengan kehadiran Samsung Galaxy S4 yang mempunyai kualiti rakaman gambar dan video yang tinggi. Mereka boleh bersembang sakan sambil melikat mimik muka anak cucu dengan gadget terbaru dari Samsung ini.

Jika tahun lepas, mereka dapat bersama dengan gembira bersama-sama. Tapi walaupun tahun ini tidak dapat pulang menyambut hari raya, dengan teknologi dari Samsung, yang jauh di mata boleh didekatkan di hati. 😀

Samsung Portraits of Raya

I wish Samsung will give me Galaxy Note II or Galaxy S4 for my raya.

Ops, jangan lupa tolong like, share dan tweet entry ni kerana setiap like penuh makna 😉

Till then..

Zuan

Comments
  1. arelan
  2. nizam ijam
  3. waiman takwa
  4. Sop
  5. eva romina
  6. Aya
  7. profhariz
  8. Irwan Alessa
  9. encikarman
  10. Ikhmal Malique
  11. Denaihati
  12. Sabby Prue
  13. papa mifz
  14. Ainaa Roseberry
  15. dayah
  16. Juan
  17. Mak Dara
  18. Hafizul
  19. hafizmd
  20. Man
  21. kakiblog
  22. TehR
  23. Carlos Santiago
  24. encikarman
  25. sutera
  26. Hairul Azni
  27. Syuhada
  28. Kujie
  29. LadyAyu
    • Zuan
  30. boni ultra kacak
    • Zuan
  31. Mohd Shubhi
    • Zuan
  32. udin
    • Zuan
  33. encikarman
    • Zuan
  34. adarain
    • Zuan
  35. Ladfe Amir
    • Zuan
  36. fyna
    • Zuan
  37. titan
    • Zuan
  38. Hafizul
    • Zuan
  39. Cikgu Hairul
    • Zuan
  40. daddydee
    • Zuan
  41. Fyzal
    • Zuan
  42. Fattah
    • Zuan
  43. encikarman
    • Zuan
  44. Qashmere
    • Zuan
  45. Sal Ijou
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Assalamualaikum, salam ramadhan dan salam sejahtera kepada semua. Kenangan, setiap...