Rawatan Bekam Professional Dr Hijama

Share

Dah lama uncle tak ber-bekam. Kali terakhir uncle dapatkan rawatan bekam badan adalah sebelum pergi menunaikan umrah pada tahun lalu.

Bekam ni best pada uncle, sebab badan kesan selepas rawatan, anda akan rasa ringan-ringan dan akan sentiasa bersemangat nak buat kerja. Tapi tu la, malangnya dah dekat setahun uncle tak berbekam. Sebab tak menyempat beb.

bekam dr hijama

Anda tak pernah bekam? Ada banyak sebab untuk anda berbekam. Antaranya sudah tentu ia adalah sunnah Nabi. Selain daripada tu, dengan berbekam ia membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau lebih dipopular dengan gelaran penyakit 4 serangkai  iaitu diabetis, darah tinggi, tinggi asid urik, tinggi kolestrol.

Sini uncle senaraikan 10 kondisi atau keadaan badan anda yang memerlukan anda untuk pergi bekam;

  1. Kerap sakit kepala atau migrain
  2. Sakit atau sengal-sengal di bahagian leher dan bahu
  3. Lenguh-lenguh di bahagian belikat, pinggang atau pinggul
  4. Badan terasa lesu, letih & sering mengantuk
  5. Kadar gula melebihi paras normal
  6. Kadar jumlah kolesterol melebihi paras normal
  7. Sakit-sakit sendi terutama kaki disebabkan gout
  8. Tekanan darah tinggi
  9. Haid tidak teratur dan kerap senggugut
  10. Kulit wajah kusam dan jerawat melanda




Dapatkan Rawatan Bekam Profesional Dr Hijama

Dr Hijama adalah sebuah klinik perubatan komplementari yang dah 2 tahun beroperasi. Selain dari rawatan bekam dan resdung secara professional, mereka juga menawarkan perkhidmatan dengan memberikan penerangan ilmiah secara profesional. Jadi sebelum dapat rawatan, anda akan dapat juga gambaran jelas mengenai rawatan yang bakal dijalankan.

Sebelum rawatan dijalankan, pihak Dr Hajima akan menjalankan terlebih dahulu pemerisaan kesihatan asasi terhadap pelanggan terlebih dahulu.

Pada yang mungkin risau mengenai; “Eh saya perempuan, tak ada perawat perempuan ke? Nanti kena lelaki kang, tak pasal-pasal je” dan sebagainya, tak perlu la risau, sebab mereka ada perawat lelaki, dan wanita. Jadi kalau lelaki tu lelaki yang akan rawat, wanita tu wanita yang akan rawat.

Servis Yang Ditawarkan Dr Hijama:

1. Bekam Klinikal

Bekam dijalankan dengan kaedah klinikal. Ia adalah bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit.

bekam dr hijama

Sesi dimulakan dengan terapi infra-merah, ia bagi meransang peredaran darah dan juga bagi membantu masalah sakit-sakit otot. Kemudian terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan.

Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan teratur. Anda tidak perlu berasa gementar dan rasa takut sebab perawat akan sentiasa membantu anda sepanjang tempoh rawatan dijalankan.

2. Bekam Kosmetik

DR Hijama juga menawarkan bekam kosmetik yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Tapi tak perlu risau dengan kesan lebam bekam sebab pihak Dr Hijama menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut. Jadi tak nampak sangat kesan bekam tu.

bekam kosmetik dr hijama

Fungsi dan kebaikan bekam kosmetik;

  1. Mengurangkan masalah jerawat yang teruk.
  2. Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam.
  3. Membantu mengurangkan masalah resdung.
  4. Meransang keanjalan kulit secara semulajadi.
  5. Menjadikan kulit lebih segar dan berseri.

Jadi kalau dah buat bekam kosmetik ni, rasanya dah tak perlu sangat nak pakai pencuci muka sebab kesannya boleh nampak secara semula jadi dan pastinya lebih baik.

3. Rawatan Resdung Bioherbs

Selain dari bekam, Dr Hijima juga menawarkan rawatan resdung bioherbs. Rawatan ini menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung.

Rawatan Resdung Bioherbs

Ianya sesuai untuk sesiapa  yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat.  Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1 ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Dr Hijama di talian; 013-6245430 atau layari FB page; DR Hijama Bekam Profesional, atau instagram; @drhijama_.

Sehingga sekarang, Dr Hajima ada 2 Cawangan. Satu di Meru, dan terbaru di Seri Kembangan.

DR Hijama Seri Kembangan: A-9-1, Blok A, Jln. PP 25, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

DR Hijama Meru: NO 21A, Jalan Meranti Sutera, 1/KU 10, Pekan Meru, Klang.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (10 pagi – 10 malam)

Pastikan sebelum datang, anda buat temujanji dulu ya. Boleh hubungi 013-6245430 untuk temu janji.




1,496 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. Jari Manis
  2. Rawlins GLAM
  3. Rika
  4. HUI WEN YU
  5. guliroket
  6. RAIHANAH AHMAD
  7. Sunshine Kelly
  8. Emily
  9. zulhilmi tempoyak
  10. Hernee Nazir
  11. Wan Zawawi
  12. siti hazreen
  13. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge