Rasa Umphhh… Mr Manshor Kopitiam Power
“Umphhh… Sekali rasa kopi kat sini memang teringat rasanya..”
Macam tu la penangan yang uncle dapat bila uncle pekena Kopitiam Power kat gerai Mr Manshor Kopitiam Power.
Sebelum ini gerai Mr Manshor terletak di tapak bekas Kem Paroi (juga dikenali sebagai Uptown Paroi). Tapi beberapa bulan lepas telah berpindah ke lokasi baru iaitu di tepi Jalan Kuala Pilah – Seremban (sebelum stesen Petronas) menghala ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Senang cerita kat google map tu anda type je ‘Mr Manshor Kopitiam Power’, pasti jumpa.
Bukan sekali dua, tapi banyak kali juga uncle pekena Kopitiam Power kat gerai Mr Manshor sebelum uncle tulis artikel ni. Memang sekali order Kopitiam Power ni, membawa kepada berjam-jam sesi mengeteh uncle dengan member uncle haha.
‘kopi paling sedang dan paling mahal di dunia boleh didapati di sini. Harga di hotel lima bintang RM300 secawan, harga di restoran mahal RM60 secawan tetapi harga di gerai Mr Manshor Kopitiam hanya RM5 sahaja.’
Tagline gerai Mr Manshur Kopitiam yang sentiasa penuh dengan pelanggan. Alhamdulillah, rezeki orang berniaga kan.
Ada macam-macam jenis kopitiam yang ada di jual di sini. Yang popular dan sentiasa menjadi pilihan uncle adalah Kopitiam Power dan Kopi Burung Walit. Kopi-kopi lain uncle tak pernah try lagi sebab mahal dan boleh mencecah puluhan ringgit.
Untuk pertama kali cuba, try dulu Kopitiam biasa. Kasi biasa dulu dengan Kopitam Mr Manshor ni. Bila dah kali ke-2 baru kasi angkat Kopitiam Power. Fuhhh terangkat beb rasa dia.
Bukan kopitiam je yang ada di jual di Mr Manshor Kopitiam, hidangan lain pun ada di jual di sini. Ada juga Mee Udang, Mee Bandung, Mee Rebus, Sup Power, Sup Ayam, Sup Kambing, dan banyak lagi la. Goreng-goreng pun ada.
Kegemaran uncle bila ke sini adalah Mee Rebus. Perghhh memang kaw rasa kuah dia. Sekali makan nak tambah lagi.
Nota: Dikatakan Sup Power dia sedap, uncle tak sempat nak cuba lagi, adeh…
Sentiasa penuh dengan pelanggan. Waktu perniagaan Mr Manshor Kopitiam di buka seawal jam 4 petang sehigga 2 malam dan hanya akan tutup sekali pada hari selasa setiap 2 minggu.
Dikala uncle stress dengan kerja uncle di office, balik kerja je terus uncle halo halo member uncle untuk pekena kopitiam kat sini sampai berjam-jam.
Mengejutkan juga, bila sampai rumah je kan, uncle sure dah rasa mengantuk nak tidur. Dan bila bangun esoknya, stress hilang dan badan kembali bertenaga untuk merempuh hari stress yang mendatang. Hehe power kan impak dia?
Siapa pengemar kopi kat sini?
Kalau tak caya dia punya umph datang dan cuba sendiri kopitiam Mr Manshor. Jangan lupa ajak uncle pekena sekali kalau nak pekena Kopitiam Mr Manshor ni.
Apa pun, terima kasih kepada geng GoPro Malaysia Waghih Nismilan uncle sebab perkenalkan Kopitiam Mr Manshor dekat uncle. Kalau tak memang setiap kali uncle nak mengeteh je, mamak menjadi sasaran.
13,659 total views, 2 views today
boleh pulak tak perasan kedai ni padahal dah banyak kali ulang alik balik pilah..adeshhh..kena cuba ni. Mee rebus tu nampak sedap!
haha sayang la tak rasa lagi kopitiam manshor. lepasni kalau lalu pastikan singgah 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
kalau nak datang kena booking ke?
nampak best tu…ehem
reezluv recently posted…Rakyat Malaysia Malas Membaca
haha mai senawang, aku belanja secawan 😀
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
Apa jenis kopi tu bro? Mcm campuran sahaja sebab warna agak brown?
Rasa mcm mana? RM 5 kira ok lah. Starbucks pon paling murah RM 8 😀
rasa dia memang best.
bak kata kawan saya, kopi ni macam campur milo.
entah la, saya bedal je dan saya rasa sangat sedap kopi ni 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video: Travel Boracay 24 -27 Jan 2016
kopi kapal api sampai ke bulan perginya… kopitiam power nih sampai mana agaknya…
zik recently posted…Keputusan penuh liga epl/bpl 16 dan 17 jan 2016
Sampai ke bulan juga, tapi boleh patah balik. hehehe
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
MV pun penggemar kopi juga, tengok kopinya tu sangat pekat, mesti sedap terangkat!
Noriza Rahman recently posted…Mudahnya Nak CANTIK, KURUS dan BERTENAGA dengan Protein!
hehe nanti boleh datang pekena kopi Manshor 😀
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
InsyaALLAH uncle, dalam perancangan juga tu…
Noriza Rahman recently posted…Kesan Demam Campak Hilang TANPA Tinggalkan Parut yang Hodoh
sedap tu kopi
memang sedap pun kopitiam ni. sekali kena nak lagi 😀
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
wah, kat kuala pilah ek? boleh try nih
siti hazreen recently posted…Statistik Blog Tahun 2015
sebelum kuala pilah. area senawang paroi ni
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
Mahu ada yang menjadi mata bulat selepas minum kopi kaw. 🙂
akubiomed recently posted…Xiaomi Yi Action camera buat hatiku tertawan
hehe percayalah, lepas kena kopi ni mesti mau tidur punya.
pada uncle, minum kopi penyebab sukar nak tidur adalah mitos semata mata 🙂
Uncle Zuan recently posted…Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal
kopi apa ek yang sampai beratus rm tu?
Raihanah Ahmad recently posted…Keberkesanan Resveratrol dan Kajian Klinikal ke atas Vivix
entah la. tak pernah terfikir nak order atau tanya kopi tu haha
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
Haha kalau kopi harga RM300 , alamatnye tak sampai 20minit la travel … Pecah rekod dunia travel . Mr Manshor juga yang terbaik
uncle tak pernah merasa kopi rm300. ada yang sudi sponsor tak? hehe
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
harga kopi RM5 secawan memang berbaloi bro…
p/s : sebenarnya bro bukan stress kerana kat kerja tetapi stress belum ada bini…
ada calon tu jomlah berbini (maaf kasar je bunyinya)
mrhanafi recently posted…Beli Buku Motivasi Zig Ziglar
Sangat berbaloi dengan rasa kaw dia. Sekali try memang lain macam penangan dia.
hahaha calon ramai bro. lagipun memang ada niat nak kawin tahun ni. doakan la ye 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
fuh sedapnya mee rebus tu
Raihanah Ahmad recently posted…Kepentingan Anti penuaan untuk kesihatan regeneratif
bab lain aku tak kesah.
bab kopi je wat aku geram.
titan recently posted…Langit tak selalu mendung, Malam juga tak selalu cerah.
bro pun minat minun kopi ke? kalau coffee lover, kena datang senawang try. aku belanje secawan 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
mana cukup secawan baii..
paling-paling pun satu jag maa..
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 506-546
hahaha larat ke nak layan satu jag?
Uncle Zuan recently posted…Denda Yang Dikenakan Jika Tidak Patuh Peraturan Di Singapura
harga kopi sampai beratus ngko hahahaha..
hafiz hafizol recently posted…Gaya Fesyen Rambut Lelaki 2016
apalah yang ada sampai kopi beratus tu
Raihanah Ahmad recently posted…Vivix Dengan Mekanisme Menghalang Pembentukan AGE Protein
entah la. ada la tu. nanti saya dah try saya kasi review 😉
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
harga kopi sampai beratus ngko hahahha…
haha nak try ke secawan kopi berharga rm300?
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
Saya pun suka lepak kat kopitiam.pak li kopitiam ke pak hailam kopitiam ke lebih kurang je rasa dia. Tapi mr mansor kopitiam power ni gerai ke?nama macam restoran je..hehe
jangan terkeliru,
Mr Mansor Kopitiam Kower tu nama kedai.
Kopitiam Power tu salah satu menu air dia yang popular.
haha uncle pun keliru pertama kali nak order kopi kat situ
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri
Wow…
Kalau orang tak tahu.. kemudian oder kopi ni dkt hotel 5 bintang.. bila tengok harga kopi dkt bil… tentu terkejut kan?…
anuar recently posted…Anniversary ke 9 dan Due date anak ke 4..
mesti punya. rasa sama je. so apa lagi, mai pekena kopitiam power kat mr manshor 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengkalan Kempas, Sunyi Tapi Ada Sejarah Tersendiri