Ramadhan is Coming, Jauhi Perkara Makhruh Ketika Berpuasa dan…

“Hello cutie, Ramadhan is coming. Hope you can wear more cuter dress after this” ingatkan den pada sowang amoi cantik tentang 1 Ramadhan yang akan tiba pada hari ahad ini, iaitu 29 Jun. Amoi cantik membalas dengan senyuman apabila mendengar teguran den. Dia faham apa maksud den.

Rezeki kot terpandang amoi pakai ‘comel-comel’. Tapi kalau dah kes sengaja tu, bukan rezeki lagi la, tu cari nahas. Harini awek berpakaian ‘comel’ or ‘sexy’ di mana-mana, dan bukan lagi perkara biasa di negara kita ni. Den tulis awek bukan amoi sebab bukan je cina pakai sexy, melayu kita pun ramai juga. Tak kesah la di tempat kerja, di kedai mamak atau pun dikomplex membeli belah.

Ada pihak yang alert perkara macam ni apabila tiba musim ramadhan. Tapi agak sedih juga, apabila fikir balik, perkara makhruh-makhruh ni baru orang ambil berat atau ambil kisah pada bulan ramadhan. Kenapa tak ambil serius sepanjang masa?

Ramadhan is coming…

Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.(sumber islam.gov.my)

Sedikit peringatan kepada kita yang mungkin terlupa akan perkara yang makruh dibuat ketika puasa;

  1. Mandi terlalu kerap.
  2. Mengosok gigi selepas gelincir Matahari (mengikut fahaman Mazhab Syafi’ie).
  3. Berkumur berlebihan ketika wuduk.
  4. Tidur terlalu lama pada siang hari (mengikut fahaman Mazhab Maliki).
  5. Menderma darah.
  6. Banyak meludah.
  7. Lambat berbuka.
  8. Tidak sahur.

Puasa ni satu latihan kerohanian kepada kita. Apa yang tak boleh buat ketika puasa tu, bukan patut kita tak buat pada bulan puasa sahaja, jangan buat juga ketika bukan pada bulan puasa. Puasa ni dekatkan kita pada Allah S.W.T. Makin dekat kita dengan NYA, makin tak nak kita buat apa apa ikut hawa nafsu.

Ramadhan is coming, harap tiada yang terlepas sahur akibat tidur semula selepas tengok World Cup 🙂

 

doa apabila ramadhan tiba

 

Akhir sekali, jika ada kesilapan dan kekurangan pada entry ini, harap ditegur di ruangan komen,

Selamat menjalani ibadah puasa. 🙂

Zuan

Comments
  1. Denaihati
  2. Mohd Shubhi
  3. titan
  4. Bahrain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge